web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 950,000 Pengunjung Dan Jemaah Umrah Di Masjidil Haram Setiap Hari Sejak Awal Ramadan

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 2:15PM

Pengurusan Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi turut menyatakan kesiapsiagaannya untuk menerima pertambahan jumlah kedatangan jemaah dalam 10 hari terakhir Ramadan - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Masjidil Haram, masjid paling suci umat Islam yang terletak di tengah-tengah Kota Makkah, Arab Saudi, mencatat kedatangan lebih 950,000 pengunjung dan jemaah umrah dari serata dunia setiap hari sejak awal Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menurut SPA, pengurusan Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi turut menyatakan kesiapsiagaannya untuk menerima pertambahan jumlah kedatangan jemaah dalam 10 hari terakhir Ramadan.

“Jabatan akan menggerakkan semua sumber manusia dan peralatan operasinya bagi menjamin kelancaran ibadah umrah dan keselamatan jemaah”, kata jabatan itu seperti dipetik SPA.

Tambahnya, operasi pembersihan dan pensterilan di Masjidil Haram melibatkan lebih 4,000 pekerja pembersihan sebanyak 10 kali setiap hari.

Setiap proses pembersihan menggunakan lebih 80,000 liter (L) sabun cecair, 1,600L penyegar dan kira-kira 15,000L cecair pembasmi kuman.

Lebih 70 pasukan lapangan juga digerakkan 24 jam setiap hari untuk menyahkuman setiap ruangan di Masjidil Haram dan halaman luarnya, menggunakan bahan mesra alam dan lebih 500 pembersih tangan automatik.

Pengagihan air Zamzam juga digandakan dengan lebih 200,000 botol diagihkan di halaman Tawaf (Mataf) menggunakan robot AI, tidak termasuk pengagihan secara beg silinder oleh lebih 1,400 pekerja dan puluhan tong statik setiap hari.

Selain itu, lebih 8,000 kerusi roda biasa dan berkuasa elektrik disediakan untuk kegunaan jemaah umrah dan pengunjung warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Jabatan itu turut menekankan keperluan bagi jemaah dan pengunjung untuk mematuhi arahan semasa melaksanakan ibadah dan memberi kerjasama penuh kepada anggota keselamatan dan petugas bagi menjamin suasana keagamaan yang  tenang dan selamat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Media Antarabangsa Dibawa Lawat Kilang Air Zamzam, Pusat Kad Nusuk

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 10 minit yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula