web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2023 9:52AM

McDonald/s bertanggungjawab terhadap 37 peratus daripada semua pencemaran di UK - gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON  -- Pembungkusan Coca-Cola, McDonald's, dan PepsiCo merupakan sumber pencemaran paling teruk di Britain, menutut audit sisa tahunan, lapor PA Media/dpa.

Kumpulan kempen Surfers Against Sewage, yang menyiarkan audit tahunannya pada Jumaat, meninjau lebih 30,700 item pencemaran individu yang dikumpul oleh lebih 4,000 saintis awam di sepanjang pantai, terusan, laluan dan jalan bandar dalam tempoh 12 bulan sehingga 5 Jun. 

Semakan Audit mendapati 12 syarikat bertanggungjawab terhadap lebih dua pertiga (70 peratus) pencemaran sisa berjenama yang dikutip sepanjang tahun.

Coca-Cola didapati sebagai pencemar terbesar di United Kingdom (UK) bagi tahun keempat berturut-turut, bertanggungjawab untuk hampir satu perlima (17 peratus pencemaran berjenama yang direkodkan oleh saintis awam).

McDonald's menduduki tempat kedua dengan 11 peratus, diikuti PepsiCo.

Ketiga-tiga syarikat itu bertanggungjawab terhadap 37 peratus daripada semua pencemaran yang dikumpul, susut hanya dua mata peratusan daripada angka tahun lepas.

Pencemaran utama lain termasuk Tesco, Haribo, Nestle, Heineken, Mars, Carlsberg dan Red Bull.

Pengurus kempen di Surfers Against Sewage, Izzy Ross, berkata keputusan itu mengejutkan tetapi malangnya ia tidak menghairankan.

Sementara itu, industri perikanan muncul sebagai sumber utama sisa plastik tahun ini, dengan peralatan menangkap ikan seperti pukat dan tali, menyumbang 11 peratus daripada keseluruhan barangan dan 16 peratus yang ditemukan di pantai.

Sebilangan besar produk vape dan e-rokok juga dikenal pasti buat kali pertama tahun ini sebagai sumber pencemaran, dengan 131 item direkod oleh pengumpul. -- BERNAMA-PAMEDIA-dpa

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 6 bulan yang lalu

British Airways Sambung Laluan Ke KL Bermula November

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Cemar Sungai Kim Kim, Pemandu Lori Didenda RM100,000, Syarikat Didenda RM320,000

3

Rencana 1 tahun yang lalu

Resah Penghidap Asma Ketika Pencemaran Udara Semakin Memburuk

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah