web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


UAE Sedia Rawat 1,000 Kanak-Kanak Palestin Yang Cedera

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 2:49PM

Emiriah Arab Bersatu sedia merawat kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin yang cedera di hospitalnya. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan pada Rabu berkata, bahawa negaranya bersedia merawat kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin yang cedera di hospitalnya.

Keputusan itu diumumkan semasa perbualan telefon antara Menteri Luar UAE, Abdullah bin Zayed Al-Nahyan dengan Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita WAM.

Dalam perbualan itu, kedua-dua pihak juga menekankan kepentingan penghantaran bantuan dan bekalan perubatan kepada penduduk di Gaza.

Pada Rabu, kumpulan pertama rakyat Palestin yang cedera tiba di Mesir bagi menerima rawatan di hospital di wilayah Sinai Utara sejurus selepas pembukaan lintasan sempadan Rafah buat kali pertama dalam tempoh 25 hari sejak pertempuran sengit di Gaza.

Tentera Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin, iaitu kira-kira 70 peratus daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita, manakala lebih 22,000 lagi cedera sejak 7 Oktober. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 11 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam