web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jokowi Minta Biden Campur Tangan, Hentikan Kekejaman Di Gaza Atas Dasar Kemanusiaan

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 3:40PM

 Angka kematian akibat serangan tentera Israel di Gaza sudah mencecah lebih 11,000 mangsa, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA -Presiden Indonesia Joko Widodo meminta rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk campur tangan dan menghentikan konflik serta kekejaman yang sedang berlaku di Gaza, Palestin.

“Ini adalah isu yang sangat menyayat hati untuk umat manusia,” katanya kepada Biden dalam pertemuannya di Rumah Putih pada Isnin, menurut kenyataan Sekretariat Presiden.

Joko Widodo berkata, Indonesia berharap agar perkongsian antara kedua-dua negara boleh menyumbang kepada perdamaian dan kemakmuran di peringkat serantau dan global.

Dalam pertemuan mereka,  beliau yang juga dikenali sebagai Jokowi menekankan kepentingan AS sebagai rakan kongsi utama bagi Indonesia.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meningkatkan perkongsian antara negara mereka kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

“Bagi Indonesia, kerjasama ekonomi, termasuk menangani isu rantaian bekalan, adalah sangat penting,” kata Jokowi.

Biden pula berkomitmen meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara melalui Perkongsian Strategik Komprehensif yang melambangkan era baharu kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk keselamatan.

Menyedari peranan penting Indonesia dalam peralihan kepada tenaga bersih, Biden menekankan perlunya memberi tumpuan kepada peningkatan kerjasama dalam membina rantaian bekalan yang selamat dan mengatasi cabaran krisis iklim.

Biden turut berjanji untuk terus meningkatkan kerjasama antara AS dan ASEAN, dengan tujuan memajukan rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan makmur, sambil menghargai kepimpinan Indonesia di ASEAN pada tahun ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global