web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pendapatan Iklan: Organisasi Media Jadi Teraju, KKD Sedia Bantu

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 8:15PM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAN FRANCISCO - Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu, kata Menterinya, Fahmi Fadzil.

"Saya fikir ini adalah sesuatu yang boleh dilakukan organisasi media secara langsung dengan platform berkenaan (media sosial). Kami sedia membantu.

"Bagaimanapun, pada masa ini saya tidak menjangkakan bahawa kita akan bertindak seperti negara lain (yang mengambil tindakan perundangan)," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC Ke-30 di sini.

Fahmi berkata, beliau sudah menyampaikan perkara mengenai perbelanjaan pengiklanan semasa libat urus dengan syarikat gergasi media sosial seperti TikTok dan Google baru-baru ini.

"TikTok, Meta dan Google (dan platform lain yang sama) adalah organisasi penting untuk berbincang bersama-sama beberapa isu berkenaan perbelanjaan pengiklanan.

"Saya telah menyampaikan kepada setiap organisasi (TikTok, Google, Meta) bahawa saya ingin mengadakan libat urus konstruktif yang positif dengan organisasi media," katanya dan menambah platform media sosial berkenaan bersedia untuk membincangkan isu itu.

Beliau turut mencadangkan satu dana khusus boleh disediakan untuk membantu organisasi media dalam transformasi digital yang sedang berlaku.

“Ada beberapa negara seperti Taiwan menyaksikan penubuhan dana yang dapat membantu organisasi media melakukan transformasi termasuk mencari cara penyampaian yang baharu dan juga sumber pendapatan baharu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Malaysia boleh mengambil tindakan perundangan sama seperti Australia, Fahmi berkata, secara umumnya, terdapat libat urus yang positif dan membina bukan sahaja dengan TikTok, tetapi juga Google dan Meta di Malaysia.

"Saya lihat mungkin pada ketika ini tidak perlu kita ambil tindakan seperti negara lain. Saya tidak hanya maksudkan Australia. Sebab itulah saya pernah katakan di Parlimen.

"Bagi Malaysia, kita tidak semestinya meniru atau mengikut apa yang dilakukan negara lain. Kita akan mencari dan memilih jalan yang sesuai dengan spesifikasi dan konteks Malaysia," katanya.

Penggubalan undang-undang, kata Fahmi, akan menjadi langkah terakhir dan Malaysia berhak melakukannya.

"Tetapi, demi keadilan, saya fikir mungkin adakan perbincangan dengan organisasi berkenaan (terlebih dahulu)," katanya.

Fahmi kini berada di San Francisco dan antara delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC Ke-30, yang berakhir hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad