web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tentera Israel Musnahkan 60 peratus Rumah Di Semenanjung Gaza

Luar Negara Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Dec 2023 12:19PM

Kediaman yang musnah akibat serangan tentera Israel ke atas Gaza. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR GAZA - Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza, menurut pejabat media kerajaan Gaza pada Khamis.

"Tindakan tentera penceroboh Israel memusnakan rumah dan unit kediaman menyebabkan penduduk berdepan dengan bencana kemanusiaan yang semakin meruncing, terutamanya di wilayah Gaza dan utara Gaza," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Selain itu, lebih 26 hospital dan 55 pusat kesihatan terpaksa menutup operasi sama ada akibat bedilan bom, ditawan atau dimusnahkan.

"Ribuan mangsa yang maut masih berada di bawah runtuhan dan pasukan pertahanan awam tidak dapat mengeluarkannya kerana kawasan berkenaan telah dikepung, selain masalah kekurangan jentera, peralatan dan bahan api,” menurut kenyataan itu.

Pejabat media itu berkata, Gaza memerlukan 1,000 trak setiap hari untuk mengangkut bantuan yang diperlukan dan satu juta liter bahan api setiap hari diperlukan untuk memulakan fasa pemulihan.

Justeru itu, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa untuk merangka segera satu pelan menyelamat untuk mencari penyelesaian kepada krisis kemanusiaan secepat mungkin bagi membantu lebih daripada seperempat juta keluarga yang rumah mereka musnah atau rosak.

Menurut pejabat media itu, penduduk di wilayah berkenaan memerlukan lebih banyak hospital medan yang dilengkapi dengan peralatan perubatan untuk membantu puluhan ribu mangsa yang cedera. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang