web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenis Hukuman Terlarang Palsu, Menteri Nafi Keluarkan Senarai

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Nov 2021 6:49PM

Datuk Dr Mohd Radzi Jidin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan sebarang senarai berhubung jenis hukuman dilarang dilakukan di sekolah, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau jadual bertajuk ‘Unit Disiplin KPM: Bentuk-Bentuk Hukuman Yang Dilarang’ seperti ditularkan di media sosial.

“Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“KPM tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk ‘Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang’ dalam mana-mana dokumen rasmi kementerian,” katanya hari ini.

Serentak dengan itu Mohd Radzi menggesa orang ramai menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya di mana-mana platform media.

Bentuk hukuman atau tindakan yang kononnya dilarang ke atas pelajar tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi.

Bagi hukuman terhadap fizikal, antara yang disenaraikan ialah berdiri lama di tengah panas, lari keliling padang, berdiri lama di dalam atau luar bilik darjah, berdiri di atas kerusi atau meja, menarik rambut atau telinga, memukul dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris serta mencubit, ketuk ketampi dan menjunjung kerusi atau buku.

Manakala, hukuman berbentuk mental dan emosi meliputi menggunting rambut, berleter, gantung tulisan di badan, memalukan di khalayak, memaki hamun, kelas tahanan pada waktu rehat dan tidak menghiraukan murid.

Sementara itu, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan disiplin hanya boleh dikenakan mengikut tatacara pengurusan disiplin dikeluarkan pihaknya.

“Tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan KPM adalah mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959 serta Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran.

“Seterusnya, SPI Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah, SPI Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin, SPI Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid dan SPI Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin,” katanya. - Getaran, 23 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi