web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Sekolah Vernakular: i-Guru Bakal Bawa Keputusan Ke Mahkamah Rayuan

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 9:03PM

Gambar hiasan dari kuseman.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan bahawa sekolah vernakular adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) akan mengadakan perbincangan dalam tempoh terdekat untuk membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Peguam mewakili i-Guru, Shaharudin Ali berkata, perbincangan itu mungkin diadakan hari ini atau esok, sebelum membuat rayuan ke mahkamah.

“Saya rasa dengan ringkasnya pihak plaintif rasa kecewa dengan keputusan Yang Arif Hakim, namun kita terima keputusan sudah dibuat.

“Pihak kami akan berbincang tentang membuat rayuan ke mahkamah rayuan dalam masa terdekat, mungkin hari ini, mungkin hari esok,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi dua video, masing-masing berdurasi 1 minit 31 saat dan 38 saat yang diterima Getaran.

Shaharudin berkata, perkara ingin ditekankan pihaknya adalah ada butiran penghakiman itu ‘bertentangan’ dengan penghakiman dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nazlan Ghazali yang mengatakan bahawa sekolah rendah bukan tertakluk kepada pihak berkuasa awam atau ‘public authority’.

Katanya, ia menyaksikan hakim Mahkamah Tinggi Kota Bahru bersetuju dengan isu dibawa i-Guru bahawa sekolah rendah, termasuk sekolah vernakular adalah terkandung di dalam takrif pihak berkuasa awam.

Justeru, beliau berkata, secara ‘kasar’ dan amnya, ia membawa maksud bahasa Melayu wajib digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah vernakular serta sekolah rendah.

Menurutnya, kewajipan itu adalah kerana sekolah vernakular adalah sebahagian daripada pihak berkuasa awam.

“Hakim mengatakan, perkara berkaitan dengan isu berkenaan sekolah rendah ini, sama ada sekolah itu adalah sekolah Melayu, sekolah Cina atau sekolah India adalah ‘public authority’, beliau (hakim) setuju dengan itu.

“Maknanya sekolah rendah adalah pihak berkuasa awam tapi beliau kata ‘anda kena tengok kepada sejarah, sejarah kata ia (kewujudan sekolah vernakular) ok, oleh itu hari ini ia ok’,” katanya.

Ujarnya, menerusi maksud di sebalik penghakiman itu, hakim menyatakan kewujudan sekolah vernakular mesti dibaca dalam konteks sejarah.

“Namun, sebenarnya apa yang penting adalah ia mesti mengikut undang-undang negara, bukan sejarah,” katanya.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Roslan Abu Bakar memutuskan kewujudan sekolah vernakular adalah sah di sisi Perlembagaan, sekali gus mengenepikan saman difailkan i-Guru.

Terdahulu, i-Guru menerusi Presidennya, Azizee Hasan, memfailkan saman berkenaan pada tahun lalu bagi mencabar Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan dengan menamakan Menteri Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.

Kes itu turut membabitkan beberapa pencelah, iaitu Majlis Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil, MCA dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Pada 30 Disember 2021, Nazlan menolak saman sama difailkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA).

Badan bukan kerajaan itu memohon deklarasi bahawa Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan yang membenarkan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular, bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 152 Perlembagaan menyatakan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia.

Dalam penghakiman bertulisnya, Nazlan berkata, sekolah vernakular sudah lama diiktiraf dalam kerangka perundangan sistem pendidikan, bahkan sebelum Merdeka dan Perlembagaan Persekutuan digubal. - Getaran, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Selesai Rakam Keterangan Teo

2

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Penggunaan Bahasa Cina, Tamil Sebagai Bahasa Pengantar Di Sekolah Vernakular, Berperlembagaan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

MRSM, Cadangan Hanya Buka Untuk Murid SK Dan SMK Dibatal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka