web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


‘Sistem Pendidikan Bercelaru, Mesti Dirombak’ - Anwar

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan baharu yang bakal mengemudi negara selepas ini perlu membuat perubahan terhadap bidang pendidikan dengan merombak sistem sedia ada yang bercelaru.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem pendidikan ketika ini tidak menjamin peningkatan mutu yang baik.

Malah, katanya, segelintir pemimpin juga tidak bersedia mendengar teguran, kritikan atau pandangan hujah balas dari guru, terutama di lapangan.

“Apa kelemahan kita, (adalah) kita tak dapat mendengar dan tidak ada keupayaan untuk mendengar teguran, pandangan yang kritis.

“Kita doakan mudah-mudahan kalau ada perubahan pimpinan negara, sistem (pendidikan) ini mesti dirombak, (kerana ia) sistem yang celaru.

“Saya masih ingat masa saya jadi Menteri Pendidikan, itu (saya) di atas, guru di lapangan, cadangan kita mengenai kerja ditanggung mereka, jadi dengarlah suara guru, selain daripada ibu bapa dan pelajar sendiri,” katanya menerusi video di Facebook malam tadi.

Anwar berkata, mentaliti sombong dan angkuh sehingga membuatkan guru tidak boleh menegur atau mengkritik akan mewujudkan kekangan terhadap kebebasan berfikir.

Malah, katanya, keadaan itu menyebabkan perancangan tidak dapat dilakukan dengan baik.

Beliau berkata, sikap negatif terbabit tidak diamalkannya ketika menjadi Menteri Pendidikan apabila beliau mempunyai hubungan sangat baik dengan kesatuan guru, selain kerap turut ke lapangan untuk mengadakan aktiviti serta mengambil tahu permasalahan golongan itu.

“(Ketika itu) Bila ada seminar, kongres ataupun program latihan guru, kita pergi bukan sahaja memberi ucapan, tapi mendengar keluhan, pandangan guru.

“Bukan hanya kebajikan mereka yang kita bicarakan, skim gaji guru kita naikkan, tapi kalau tanpa mendengar mereka, kita tak dapat tingkatkan mutu guru itu sendiri.

“Saya (masih) ingat guru pada peringkat awal, ramai kelulusan Tingkatan Lima, maka selepas kita dengar luahan mereka, tak mungkin kita kekalkan mereka di tahap lama, maka kita wujudkan diploma khas untuk memberikan mereka peluang latihan khusus dan ikhtisas bagi meningkatkan (tahap mereka),” katanya.

Mengulas lanjut, Presiden PKR itu berkata, masyarakat melihat isu pendidikan adalah dekat dengan mereka, justeru apa sahaja perkembangan di Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyentuh perasaan, menyinggung kedudukan dan memberi sama ada keyakinan masa depan atau tidak.

Ujarnya, pengalaman dilalui seseorang pelajar sejak persekolahan rendah, menengah dan universiti, bukan sahaja dicorakkan ibu bapa, malah guru.

Justeru, beliau berkata, tidak munasabah sekiranya dalam perancangan pendidikan, ia tidak mengambil kira pandangan ibu bapa dan lebih utama, pendapat guru.

“Pandangan ini bermakna cadangan baharu, cadangan balas, teguran dan kritikan,” katanya. - Getaran, 19 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 5 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 6 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91