web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perluaskan Pengajian Percuma Kepada Semua Golongan Memerlukan

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 7:02AM

Bagaimanapun program tersebut perlu memberi tumpuan kepada semua jenis institusi pendidikan. - Gambar oleh Norman Goh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang bakal diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dilihat sebagai langkah untuk meminimumkan isu keciciran dalam kalangan pelajar sejak dua tahun lalu.

Eksekutif Umum Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Muhammad Noraiman Zulkifli berkata, bagaimanapun program tersebut perlu memberi tumpuan kepada semua jenis institusi pendidikan.

Menurut beliau, inisiatif itu tidak harus tertumpu kepada universiti awam (UA) saja, sebaliknya pelaksanaan perlu lebih drastik dan dilakukan secara meluas.

“KPT perlu melaksanakan program ini dengan membabitkan institusi lain seperti kolej kemahiran, maahad tahfiz dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Ini kerana institusi itu juga melahirkan golongan cerdik pandai yang memenuhi bidang lain berkemahiran tinggi.

“Golongan mahasiswa juga mempunyai peranan yang signifikan dalam membangunkan negara dan mengisi kelompongan dalam sektor tertentu,” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, Muhammad Noraiman berkata, sebarang inisiatif atau program kerajaan perlu lebih inklusif supaya ia dapat memanfaatkan rakyat daripada semua golongan.

Justeru, beliau berkata, KPT perlu bergerak seiring dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan golongan yang benar-benar layak mendapat tajaan dan memastikan data yang ada sentiasa dikemaskini lebih kerap.

“Sebagai contoh, golongan daripada maahad tahfiz tidak wajar dilupakan kerana mereka mempunyai peranan dalam membangunkan negara dan memastikan wujudnya masyarakat yang ampuh pada masa depan.

“Program ini juga sepatutnya bukan hanya tertumpu kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin namun turut diperluaskan kepada golongan daif, mereka yang betul memerlukan bantuan seperti pelajar yatim piatu atau pelajar dalam kategori asnaf.

Normelissa Mohd Yadi, Graduan OKU UniSZA. - Gambar facebook
Normelissa Mohd Yadi, Graduan OKU UniSZA. - Gambar facebook

“Misalnya, golongan orang kurang upaya (OKU) yang sering tertinggal arus kemajuan masyarakat sekeliling juga perlu diberikan ruang dan peluang yang sama supaya kita tidak lagi bersifat 'selektif,” katanya.

Jelas Muhammad Noraiman lagi, pelaksanaan program ini kelak perlu diberi penekanan terutama berkaitan mekanisme terbaik yang patut diguna pakai.

“Cadangan ini bagi memastikan proses pemilihan secara adil, saksama dan tidak berlaku keciciran, terutama rakyat yang berada di kawasan pedalaman.

“Ramai lagi rakyat yang tidak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kerana tidak berkemampuan. Situasi yang berlaku ini perkara yang menyedihkan kerana saban tahun negara hilang bakat dalam pelbagai bidang,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, KPT akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti.

Beliau berkata, mekanisme dan dasar itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan bagi menamatkan kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran.

Pada masa sama, jelasnya, KPT juga akan memberi nafas dan sentuhan baharu terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengkaji kesesuaian untuk menjadikannya sebagai sebuah tabung amanah nasional.

Tambahnya, KPT juga sedang meneroka ruang pendidikan yang anjal melalui penggabungan elemen bersemuka dan maya sebagai memanfaatkan platform digital serta teknologi kerana pendekatan sedemikian berupaya memberi impak pengurangan kos pengajian yang signifikan. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan