web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Janji Palsu, Rasuah Antara Faktor Golongan Muda Berdepan Defisit Kepercayaan

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 8:17PM

Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat kepada para pelajar tajaan JPA di Institusi Pengajian Tinggi pada Progran Bicara Siswa Cakna Madani di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Budaya memberikan janji palsu dan fatwa mengikut selera politik serta amalan rasuah dalam kalangan pemimpin menjadi antara faktor golongan muda berdepan defisit kepercayaan terhadap kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keadaan itu membuatkan golongan muda berasa bingung dan memikirkan nasib mereka tidak terbela sekiranya menyokong pimpinan kerajaan yang mengamalkan budaya sedemikian.

“Saya minta kerjasama saudara, tidak harus ada ‘trust defisit’ bagi orang yang cuba membawa perubahan dengan sedaya mereka mengikut ajaran al-Quran. Kita (kerajaan) cuba.

“Saya datang ke sini bukan untuk mengecam membuta tuli tapi saya ada asas yang kukuh. Percayalah negara ini harus diselamatkan. Negara ini tidak harus terkenal sebagai negara dengan pemimpinnya rasuah belaka,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Majlis Cakna MADANI Perdana Menteri Bersama Pelajar Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi di sini hari ini.

Bagi mengembalikan keyakinan golongan muda terhadap kerajaan, Anwar bertekad dengan amanah yang diberikan rakyat kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lepas, beliau akan mengembalikan semula tata kelola pentadbiran yang baik selain memerangi isu rasuah dalam memastikan kelancaran kepimpinannya.

Beliau berkata pimpinan dalam Kerajaan Perpaduan juga mempunyai kesepakatan yang sama untuk meninggalkan amalan buruk itu demi memastikan Malaysia terus terpelihara. 

“Saya baru tujuh bulan jadi perdana menteri. Saya tahu ini bukan kerja kecil. Kelompok besar yang rasuah akan berpakat untuk bayar dana kepada orang politik dan NGO (badan bukan kerajaan) untuk serang kerajaan.

“Rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri jaga (perkara ini), walaupun latar belakang lain, parti lain…yang penting kesepakatan kami, komitmen kami tinggalkan amalan yang jelik ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad