web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perlu Ada Kesungguhan Menimba Ilmu, Suburkan Budaya Ilmu Dan Wacana - PM

Pendidikan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 9:09AM

Perdana Menteri (dua,kiri) pada sesi Temu Anwar di UPSI, Tanjung Malim, Perak semalam - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini harus memupuk kesungguhan dalam menimba ilmu, bagi memastikan budaya ilmu dan wacana dapat disuburkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media sosial memainkan peranan besar dalam mencorak pemikiran rakyat.

Menurut beliau, ia berbeza dengan tradisi ‘old school’ mencerap ilmu, yang semestinya lebih terperinci dan mendalam terutamanya melibatkan isu-isu yang kompleks. 

“Negara dan masyarakat akan terangkat di semua lapangan sekiranya ada minat yang mendalam dalam menimba ilmu di kalangan rakyat.

“Saya kekal berpendirian bahawa peranan buku dan tradisi ilmu adalah jauh lebih penting ketimbang media sosial meski ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk digarap,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri menyatakan demikian usai mengadakan lawatan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim.

Pada lawatan tersebut, Anwar turut diiringi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim. 

Perdana Menteri menarik perhatian, masyarakat tidak boleh terlalu terpisah dari ilmu pengetahuan.

Jelasnya, isu-isu besar yang melingkari masyarakat serta negara perlu disikapi dengan adil dan secara saksama. 

“Buku Excellence Without A Soul: Does Liberal Education Have a Future? karya mantan dekan Kolej Harvard Harry R. Lewis yang merungkai masalah institusi pendidikan di Amerika Syarikat mesti ditelaah anak-anak agar kita lebih memahami bahawa pendidikan mesti melahirkan manusia yang tidak hanya pintar tetapi mesti ada jiwa dan nurani. 

“Pintar tidak sekadar pintar, tetapi mesti terdidik dengan prinsip ilmu dan nilai. Ini yang saya sebut sebagai menggapai langit harus mengakar bumi,” katanya.

Tegas beliau, generasi muda dan penerus mesti berani mempersoalkan budaya lama dan usang yang menggunakan kuasa untuk memperkaya keluarga dan individu tertentu.

“Menjadi bungkam di hadapan pemerintah bukan lagi pilihan. Dalam konteks yang sama, saya usulkan kepada anak-anak mahasiswa untuk memulakan pembacaan dengan  menelaah Orientalism (Edward Said), The Indolence of the Filipino (Jose Rizal) dan ‘Mitos Pribumi Malas’ (Syed Hussein Alatas). Anak-anak muda mesti diasak untuk membaca dan mencungkil ilmu dan ia mesti berlaku sekarang. 

“Ini sebagai persediaan untuk mempersiap anak bangsa untuk menguasai ilmu baharu dan KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) mesti mengkaji silibus-silibus baharu dan wujudkannya seperti Artificial Intelligence (AI), peralihan tenaga dan transformasi digital untuk dipelajari generasi penerus,” katanya.

Anwar memberitahu, beliau kini sedang menelaah buku karya Mitch Kapor dan isterinya Freada Kapor Klein bertajuk Closing The Equity Gap: Creating Wealth and Fostering Justice in Startup Investing.

“Ia bagi memahami pendekatan baharu dalam mewujudkan peluang pelaburan dan penjanaan hasil dalam mendepani gejala kesenjangan di kalangan rakyat,” katanya. - Getaran, 22 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 22 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 4 jam yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan