web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PEJUANG Tak Sokong Calon Bebas - Dr Mahathir

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 3:26PM

Mahathir menegaskan PEJUANG tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak terbabit dalam memberi sokongan terhadap mana-mana calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti berkenaan juga sudah menyatakan pendirian untuk tidak turut serta dalam PRN tersebut.

“Bagaimanapun saya dapat tahu ada sesetengah pihak cuba kaitkan PEJUANG dan saya dengan individu tertentu yang bertanding sebagai calon bebas.

“Ingin ditegaskan sekali lagi, PEJUANG dan saya tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka, jauh sekali meletak calon proksi,” katanya di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, penjelasan berkenaan diharapkan mampu menjernihkan keadaan atau menghentikan cubaan mengaitkan PEJUANG dengan mana-mana calon yang bertanding.

Sebelum ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dikaitkan dengan PEJUANG namun beliau menegaskan, kekal bertanding sebagai calon Bebas tanpa sokongan mana-mana parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November, dengan 16 November pula diperuntukkan untuk sesi mengundi awal.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas, susulan penarikan semula sokongan empat ADUN terhadap Ketua Menteri Melaka ketika itu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Getaran, 11 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Cerminkan Kepelbagaian, Kepentingan Kaum - Rais

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hina Institusi Raja: Kertas Siasatan Dr Mahathir Dirujuk Kepada Jabatan Peguam Negara, Selasa Ini

4

Politik 1 tahun yang lalu

Proklamasi Orang Melayu Hanya Gimik, PAS, Tun M Tak Boleh Dipercayai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global