web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dira Abu Zahar Selebriti Pertama Bergelar YB

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Nov 2021 1:20PM

Dira menewaskan dua calon lain dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Rim. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon Dira Abu Zahar menjadi selebriti pertama bergelar wakil rakyat selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dira atau Datuk Khaidhirah Abu Zahar mencipta sejarah tersendiri selepas menewaskan dua calon lain dalam pertandingan tiga penjuru di DUN berkenaan.

Bertanding di bawah tiket Barisan Nasional (BN), beliau menang dengan majoriti 1,327 menewaskan dua lagi calon selepas memperoleh undian sebanyak 4,037.

Dua lagi calon iaitu Azalina Abdul Rahman (PN) dan Prasanth Kumar (PH) masing-masing 2,710 dan 2,163 undi.

Setelah pengumuman rasmi mengenai kemenangan beliau, Instagram wakil rakyat baharu ini dibanjiri dengan ucapan tahniah selain ucapan selamat berkhidmat daripada netizen.

Terdahulu, Dira menyatakan hasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Dira sebelum ini membintangi banyak drama dan filem hebat antaranya Tahajud Cinta, Dahlia, Chow Kit, Longkai dan Sejoli sebelum mengambil keputusan bergiat secara serius dalam politik.

Beliau juga antara pemimpin termuda yang diserap masuk dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

PRN Melaka menyaksikan persaingan sengit melibatkan 112 calon di kesemua 28 kerusi DUN.

Ia diadakan selepas empat ADUN tersebut menarik semula sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Getaran, 21 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Wakil Rakyat Berkhidmat Untuk Rakyat, Bukan Parti Atau Demi Kepentingan Peribadi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ini Senarai 11 Artis Terjun Ke Dunia Politik

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

4

Politik 1 tahun yang lalu

Tiada Persaraan Dalam Perjuangan Menentang Kleptokrat - Tun M

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global