web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Persaraan Dalam Perjuangan Menentang Kleptokrat - Tun M

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 9:20PM

Dr Mahathir percaya perjuangan itu juga adalah satu ibadah seperti mana yang dilakukan di masjid atau ibadat lain. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjuangan terhadap negara tidak pernah ada noktah ibadah yang perlu dilaksanakan umat Islam, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Pengerusi PEJUANG menegaskan, pendirian itu masih kekal dipegang meskipun berdepan kecaman hebat pelbagai pihak kerana masih mahu mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) walaupun sudah berusia 97 tahun.

Dr Mahathir mengakui, ramai mempersoalkan tindakannya yang masih memikirkan perihal duniawi sedangkan pada usia seperti itu beliau seharusnya menumpukan kepada amal ibadah.

“Saya sedar ada yang persoal kenapa perlu saya bertanding lagi dalam pilihan raya. Tidak kurang juga yang suruh saya duduk di masjid dan buat ibadah atau duduk di rumah bermain dengan anak cucu.

“Pertamanya, saya masih lagi hidup dengan rahmat Allah SWT. Bagi saya, umur panjang beri peluang kepada saya untuk terus berjuang. Tidak ada perjuangan yang lebih baik selain dari berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bekas Perdana Menteri tertua dunia itu menambah, beliau percaya perjuangan itu juga adalah satu ibadah seperti mana yang dilakukan di masjid atau ibadat lain.

Katanya, perjuangan menerusi politik juga merupakan satu ibadah dan tiada persaraan untuk perkara tersebut.

“Sebagai pemimpin, saya tidak boleh duduk mengarah dan menyuruh orang melakukan sesuatu tanpa saya sendiri turut melakukannya.

“Jika saya mahu orang lain berjuang menentang kleptokrat dan penyamun negara, saya mesti turut serta. Selagi hidup, saya akan terus berjuang dan ia masih belum selesai,” katanya.

Dr Mahathir pada sidang media baru-baru ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU-15.

“Kita juga membuat keputusan iaitu di Langkawi calonnya adalah Dr Mahathir Mohamad tapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri. Calon sebagai wakil rakyat saja,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

2

Politik 1 tahun yang lalu

Wakil Rakyat Berkhidmat Untuk Rakyat, Bukan Parti Atau Demi Kepentingan Peribadi

3

Politik 1 tahun yang lalu

PN Tolak Permohonan PEJUANG, ‘Keputusan Itu Amat Mendukacitakan…’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Saya Tidak Terlibat Dalam Perancangan Politik Mukhriz - Dr Mahathir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang