web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mengapa JPBS Terlibat SOP PRN Sarawak? - BERSIH

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 9:22PM

Ann Teo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mempersoalkan penglibatan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) bagi merangka prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung pada Disember depan.

Pengerusi BERSIH Sarawak, Ann Teo menegaskan, pihaknya tidak selesa dengan kenyataan jawatankuasa berkenaan yang mendakwa sedang dalam proses merangka dan menghasilkan SOP bagi pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau berkata, mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi mandat untuk menjalankan pilihan raya, termasuk penggubalan dan penetapan SOP yang diperlukan.

“Agensi lain, sama ada di peringkat persekutuan atau negeri hanya boleh merujuk kepada SPR untuk mengemukakan SOP sesuai bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19

“Ini juga bagi memastikan integriti proses dan menjadikan pilihan raya sebagai inklusif supaya semua kategori pengundi boleh mengambil bahagian,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi JPBS, Jaul Samion dilaporkan memaklumkan, agensi berkenaan sedang giat mengkaji PRN Melaka yang berlangsung, baru-baru ini, selain proses pilihan raya lalu.

Jaul berkata, semua faktor diambil kira dalam merumuskan SOP dan JPBS telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diperhalusi sebelum dimuktamadkan dan diumumkan.

Dalam pada itu, Teo menegaskan tindakan yang sedang dilakukan oleh JPBS dan kerajaan sementara negeri Sarawak dilihat seolah-olah mahu mengambil alih peranan SPR dalam mewujudkan SOP yang diperlukan.

“Sekiranya ya, tidakkah wujud konflik kepentingan JPBS dan kerajaan sementara yang terlibat merangka penggubalan SOP ini apabila mereka juga bertanding dalam pilihan raya sama?

“Adakah JPBS dapat memastikan pilihan raya itu bebas dan adil kepada semua parti, calon, dan pengundi melalui SOP yang dirangka,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, ini bukan waktunya untuk SPR mewakilkan tugas dan tanggungjawab perlembagaan kepada agensi negeri, yang tidak mempunyai kepakaran serta kedudukan undang-undang untuk menjalankan pilihan raya.

“SPR harus menjadi badan utama untuk merangka peraturan, bukan penjawat awam kerajaan sementara dan pastinya bukan kerajaan negeri itu sendiri,” katanya. - Getaran, 30 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Politik 1 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan SOP Khas Aidilfitri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki