web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Undi 18 Beri Ruang Belia Menilai Dan Memilih - ARUS

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Dec 2021 2:01PM

Kerajaan telah memutuskan yang Undi18 akan mula dilaksanakan pada 15 Disember ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan agar Undi18 mula dilaksanakan pada 15 Disember ini membuka ruang untuk golongan belia menilai, bersuara dan memilih walaupun seawal usia 18 tahun.

Kata pengasas bersama Arus Anak Muda (ARUS) Nabil Halimi, belia perlu memahami hak yang boleh dimanfaatkan, termasuk dalam kehidupan seharian serta tidak mensia-siakan peluang untuk mengundi sebaik ketetapan tersebut berkuat kuasa 15 Disember ini.

“Saya sambut baik keputusan pewartaan ini yang akan bermula 15 Disember nanti kerana ia akan membuka wadah baru bagi landskap politik tanah air sedia ada.

“Saya juga ingin ucapkan jutaan tahniah buat organisasi Persatuan Pengundi Muda (UNDI18), memandangkan mereka antara individu yang bergerak dari awal memperjuangkan soal pelaksanaan pengundi muda seawal 18 tahun, sehingga akhirnya ia mampu dilaksanakan dengan sokongan dan ‘political will’ wakil rakyat kita,” katanya pada Getaran di sini hari ini.

Jelas Nabil, keterlibatan anak muda dalam menentukan kepimpinan negara adalah sangat penting demi kelangsungan proses demokrasi yang sihat dan seimbang.

Nabil Halimi
Nabil Halimi

Katanya, langkah bagi mendidik golongan pengundi muda ini untuk memahami pentingnya undi mereka kepada masa depan negara perlu disegerakan.

“Kaedah pengkaderan dengan mengadakan aktiviti pendedahan di luar sekolah tanpa menjejaskan situasi bebas politik di premis pendidikan itu perlu dilakukan sebaik mungkin.

“Pendedahan terhadap politik dan pentadbiran yang lebih mendalam juga perlu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sebelum golongan muda mula mengundi pada usia 18 tahun,” ujarnya.

Beliau menarik perhatian, literasi politik mampu membawa perubahan kepada anak muda khususnya dari aspek indoktrinasi, kefahaman mengenai pilihan raya dan kesannya serta idealisme anak muda berkaitan soal politik dan kenegaraan.

“Parti politik juga perlu bersiap sedia dengan perubahan ini kerana anggaran seramai lima juta pengundi muda akan mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Mereka harus menawar sesuatu yang baharu untuk pengundi muda ini dan benar-benar mendengar denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi,” jelasnya.

Sementara itu pengasas bersama gerakan Persatuan Pengundi Muda (UNDI18) Qyira Yusri berkata, dia menyambut baik pelaksanaan tersebut kerana ia akhirnya menjadi kenyataan.

Katanya golongan belia mesti memanfaatkan peluang memilih yang telah diberikan melalui pewartaan Undi 18 agar suara anak muda menjadi sebahagian daripada penentu keputusan negara.

“Sekiranya PRU diadakan pada 2022, sangat penting untuk golongan muda Malaysia menunaikan hak mereka dengan mengundi ahli politik yang mereka rasakan wajar diberi kuasa,” katanya. - Getaran, 3 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

3

Politik 10 bulan yang lalu

ADUN Jepak Ditentukan Hari Ini, Proses Bermula 7.30 Pagi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pusat Pengundian Ditutup, Proses Kira Undi Bermula

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'