web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MUDA Dibenar Daftar Sebagai Parti Politik

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 5:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) didaftarkan sebagai sebuah parti politik adalah kejayaan kepada sistem demokrasi negara.

Pengasas bersama MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penghakiman itu adalah jawapan kepada perjuangan mereka sejak lebih setahun lalu.

Menurut beliau, 2021 merupakan tahun yang penuh rintangan dan cabaran, justeru keputusan berkenaan mencambah iltizam serta semangat mereka untuk terus berjuang demi negara tercinta.

“Setahun setengah kami melalui pelbagai cabaran dan ugutan. Dengan keputusan mahkamah tersebut, kini MUDA mempunyai tempat yang sah untuk menyuarakan pendapat, kritikan dan cadangan untuk membangunkan negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sidang media berkenaan disiarkan menerusi penstriman langsung di Facebook.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, MUDA akan memberi tumpuan kepada segala usaha membangunkan negara, khususnya dalam memastikan suara generasi baharu tidak lagi diketepikan.

"Keputusan hari ini bukan ingin memusnahkan Malaysia, tetapi membangunkan negara, memperkasa khidmat politik, mengangkat suara anak MUDA dan membina negara seperti sebuah rumah yang mewakili seluruh rakyat Malaysia.

"MUDA hanya mahu menjadi wakil terbaik dalam politik negara supaya tidak ada sesiapa terutama golongan miskin yang tercicir, tanpa mengira latar belakang fahaman politik mereka," ujarnya.

Syed Saddiq menarik perhatian, kewujudan MUDA bukan untuk bermusuhan dengan parti lain sebaliknya mahu membina jambatan serta membangunkan negara yang berbilang bangsa dan agama.

"Semasa kami bermula kira-kira satu setengah tahun lepas, siapa MUDA? Kalau tengok pengasasnya adalah guru, aktivis, peguam, doktor muda, petani muda, (ahli) korporat muda tanpa pengalaman politik yang panjang.

"Mereka juga tiada wang lumayan atau kedudukan mewah dalam kerajaan. Pengalaman politik kita mungkin agak pendek tapi yang kita ada adalah iltizam dan semangat untuk berjuang demi negara tercinta,” katanya.

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan MUDA didaftarkan sebagai parti politik dalam tempoh 14 hari.

Kementerian berkenaan turut diperintahkan membayar kos guaman sebanyak RM10,000. – Getaran, 14 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang