web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Calon PKR Bukit Saban Dakwa Diserang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 6:53PM

Orang ramai cuba meleraikan ketegangan yang berlaku selepas individu yang dikenali sebagai Polo cuba menyerang Mikail di pusat pengudian SMK Spoah, Betong, Sarawak. - Gambar ihsan Mikail Mathew Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban, Mikail Mathew Abdullah mendakwa nyaris diserang oleh seorang individu selepas membuang undi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 11.08 pagi, ketika beliau ingin keluar dari keretanya bagi meninjau kawasan sekitar pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, Betong, Sarawak.

Mikail berkata, beliau didatangi oleh seorang individu dikenali sebagai Polo yang mengarahkannya mengalihkan kereta dengan cara tidak beradab.

“Saya cuba menjelaskan keadaan kepadanya namun beliau bertindak agresif dan terus memaki hamun saya dengan kata-kata kesat.

“Saya sifatkan tindakan itu satu sifat provokasi kerana saya dimaki hamun dan individu berkenaan tidak berhenti dari memarahi saya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dalam pada itu, Mikail menjelaskan, Polo juga bertindak liar selepas orang awam cuba meleraikan ketegangan yang berlaku di kawasan pengundian tersebut.

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian bertindak menenangkan keadaan, tetapi berlaku pula insiden tolak-menolak dan sedikit pergelutan antara orang awam dengan individu terbabit.

“Saya bagaimanapun berjaya meninggalkan tempat kejadian dengan bantuan orang awam,” katanya.

Mikail menarik perhatian, beliau membuat laporan di Balai Polis Spaoh bagi memastikan siasatan lanjut dapat dilakukan pihak berkuasa.

“Kita serahkan kepada pihak polis untuk lakukan siasatan segera bagi memastikan siapakah individu tersebut yang secara tiba-tiba membuat kecoh di pusat mengundi,” katanya. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

4

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah