web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Lulus KWSP, BERSATU Ambil Peluang ‘Jatuhkan’ Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 9:03PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - BERSATU didakwa dalam diam menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan UMNO selepas kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000.

Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri mendakwa, ramai pencarum KWSP kini melihat Naib Presiden UMNO itu hanya mengikut telunjuk BERSATU apabila tidak meluluskan pengeluaran berkenaan melalui skim i-Citra.

“Sebaliknya, mereka (BERSATU) cuba menaikkan imej Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat berani mengarahkan KWSP untuk membuat beberapa pengeluaran simpanan rakyat sebelum ini.

“Saya melihat dengan menaikkan jumlah pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 hanya memberikan kesan kecil jika dibandingkan dengan pengeluaran i-Sinar yang mencecah maksima RM60,000,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri pada 26 Disember lalu memaklumkan, kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada KWSP berjumlah RM10,000 meskipun ramai mangsa terjejas dengan banjir ketika ini.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan kerajaan sudah memperuntukkan dana dan mengumumkan bantuan yang mencukupi untuk membantu golongan terbabit, selain sedia menambah peruntukan berkenaan.

Katanya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas bersara.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

Mengulas lanjut, Syed Mohd Johan berkata, dana yang dikeluarkan itu boleh digantikan semula melalui pelbagai kaedah seperti yang pernah dicadangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mengambil contoh seorang pekerja bergaji RM2,000 sebulan, jumlah caruman bulanan KWSP beliau adalah RM460 sebulan (11% pekerja + 12% majikan) dan bernilai RM5,520 (RM460 x 12) untuk setahun.

“Tambahan pengeluaran RM5,000 pula hanya bernilai RM12,931 dalam tempoh 25 tahun dengan kadar dividen terkumpul lima peratus setahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, tuntutan pengeluaran simpanan KWSP telah lama dibuat sebelum Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri namun, musibah banjir sejak akhir tahun lalu menjadikan tuntutan ini lebih relevan.

“Cadangan tersebut telah pun dibawa ke pengetahuan Jemaah Menteri oleh Datuk Seri Ismail Sabri namun ia ditolak oleh Menteri Kewangan bersama beberapa menteri dari BERSATU, termasuklah beberapa menteri UMNO.

“Secara tidak langsung, BERSATU dilihat berjaya mensabotaj kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai PM dan Naib Presiden UMNO,” katanya.

Sehubungan itu, Syed Mohd Johan berkata, kerajaan seharusnya mempercayai rakyat untuk membelanjakan simpanan mereka dengan meluluskan tuntutan ini dengan segera.

Jika tidak, beliau menegaskan BERSATU akan terus dilihat sebagai wira kerana berjaya melaksanakan dasar tersebut satu ketika dulu, manakala Perdana Menteri daripada UMNO pula akan dianggap tidak berkebolehan bagi meluluskan inisatif berkenaan.

“Gesaan berteraskan denyut nadi hidup rakyat ini adalah komitmen jelas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk warga Malaysia yang masih terjejas hidupnya untuk kembali membina kehidupan mereka.

“Ia sejajar dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 27 Ogos 2021 yang lalu. Ianya bukan bermotif politik populis, jauh sekali bersifat menghasut seperti selaran Menteri Kewangan,” tegasnya. - Getaran, 2 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 57 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 52 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 22 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'