web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Senator, 2 ADUN DAP Sabah Keluar Parti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 2:13PM

(Dari kiri) Calvin Chong Ket Kiun, Justin Wong Yung Bin dan Adrian Lasimbang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP Sabah dan seorang bekas senator mengambil keputusan keluar daripada parti malam tadi.

Mereka adalah ADUN Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin; ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun dan bekas senator, Adrian Lasimbang.

Tindakan itu menurut mereka, diambil kerana kecewa dengan kepimpinan DAP yang dikatakan gagal membela nasib rakyat Sabah.

“Kami berjuang dalam politik demi untuk Sabah, termasuk untuk mendapatkan autonomi, infrastruktur lebih baik, malah paling penting lagi masyarakat inklusif yang mengatasi bangsa dan agama.

“Malangnya, parti yang kami perjuangkan ini gagal merealisasikan matlamat perjuangan itu,” kata kumpulan berkenaan.

Dalam pada itu, mereka turut menyatakan rasa kecewa dengan kepimpinan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Foon.

“Beliau (Ming Foon) kurang menunjukkan kepercayaan dalam jawatankuasa negeri menyebabkan perjuangan parti tidak berjalan lancar.

"Justeru, dengan berat hati kami mengumumkan akan meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta," katanya.

Berikutan tindakan itu, DAP Sabah kini hanya mempunyai empat ADUN iaitu Frankie (DUN Tanjong Papat), Phoong Jin Zhe (DUN Luyang), Jannie Lasimbang (DUN Kapayan) dan Tan Lee Fatt (DUN Likas).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September 2020, DAP Sabah hanya kalah satu kerusi iaitu di Bingkor daripada tujuh kerusi yang ditandingi.

DAP Sabah menjadi parti pembangkang kedua yang kehilangan ADUN selepas WARISAN, berikutan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti.

WARISAN setakat ini sudah kehilangan lima ADUN termasuk yang terbaharu, ADUN Melalap iaitu bekas Naib Presidennya, Datuk Peter Anthony dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim. – Getaran, 21 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi