web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gabungan Pembangkang Formula Gagal, Pasti Beri Mudarat - Khaled Nordin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 2:22PM

Khaled Nordin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan Pakatan Harapan (PH) mahu bekerjasama dengan parti pembangkang lain menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan memudaratkan rakyat di negeri itu walau berhasil mencapai kemenangan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini dibuktikan apabila formula berkenaan telah dilakukan menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan hasilnya, PH mewujudkan kerajaan yang gagal.

“PH mahu kerjasama dengan semua pembangkang hadapi PRN Johor, bukankah itu pendekatan PRU14.

“Kesannya bila menang dapat kerajaan rojak, kerajaan suku-suku, kerajaan tak berfungsi, kerajaan yang gagal dan kerajaan yang ada macam tiada.

“Perdana Menteri dan Menteri Besar asyik bertukar,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Semalam, Majlis Presiden PH menyatakan hasrat untuk bergabung dengan parti pembangkang lain dalam PRN Johor supaya bersama-sama bernaung di bawah satu khemah yang besar.

Antaranya Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Majlis Presiden PH berkata, isu-isu persiapan termasuk agihan kerusi, pelancaran jentera pilihan raya, penamaan calon Menteri Besar serta sebarang kerjasama atau persefahaman politik dengan parti pembangkang yang lain akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Majlis Presiden bertekad merangkul seluruh kekuatan pembangkang dan masyarakat sivil dalam usaha memenangi PRN Johor ke-15.

“Ini bukan sahaja demi memenangi semula mandat rakyat yang telah diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, tetapi dengan matlamat membentuk sebuah kerajaan negeri lebih stabil demi masa depan Johor yang lebih baik,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. - Getaran, 25 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'