web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKR Guna Logo Sendiri Pada PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 9:40PM

PKR akan menggunakan logo sendiri manakala DAP dan AMANAH pula akan menggunakan logo PH pada PRN Johor. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Manakala DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pula, katanya, akan menggunakan logo PH pada pilihan raya berkenaan. 

Beliau berkata, perbincangan pakatan pembangkang itu berhubung pengagihan kerusi sudah selesai dan PH memuktamadkan parti terbabit bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“PH terbuka untuk perbincangan dengan parti pembangkang lain di luar gabungan ini.

“Persetujuan mengenai logo yang akan digunakan sudah dicapai. Mesyuarat Majlis Presiden PH bersetuju bahawa logo PH digunakan DAP dan AMANAH, serta PKR menggunakan logo sendiri untuk pilihan raya di negeri itu,” katanya.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, PH akan meneruskan rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi dengan semua parti pembangkang termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). 

“Hal ini akan memperkukuh saingan daripada blok pembangkang dalam mendepani PRN Johor nanti,” katanya. 

Mengenai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada PRN berkenaan, Anwar mempersoalkan sama ada bekas sekutu PH itu adalah sebahagian daripada kerajaan selepas parti terbabit menyokong UMNO dan PAS bagi penubuhan kerajaan Persekutuan setelah meninggalkan pakatan berkenaan. 

“Kita kata pembangkang, BERSATU pembangkang?,” katanya. 

Sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik antara nama yang disebut sebagai calon Menteri Besar Johor sekiranya PH memenangi PRN berkenaan. 

Selain itu, Ahli Parlimen Pulai merangkap Timbalan Presiden AMANAH yang juga penyandang kerusi DUN Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut disebut-sebut antara calon Menteri Besar Johor. - Getaran, 26 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah