web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwa Bangsa Johor Kurang Kesedaran Politik Islam, Hadi Digesa Mohon Maaf

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 6:15PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa segera memohon maaf kepada umat Islam di Johor berikutan kenyataannya yang mendakwa rakyat negeri itu masih kurang kesedaran mengenai politik Islam.

Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kenyataan itu juga seharusnya membuka mata Bangsa Johor mengenai tindakan PAS yang jelas memandang rendah umat Islam di negeri berkenaan.

Menurutnya, naratif PAS ketika ini seolah-olah menggambarkan hanya ahli PAS yang memahami politik Islam sedangkan umat Islam lain di negeri itu kurang kesedaran mengenainya.

“Adalah tidak adil untuk menghukum seisi negeri Johor sebagai kurang kesedaran politik Islam hanya semata-mata kerana PAS kurang mendapat sokongan dari Bangsa Johor.

“Semua pihak harus sedar bahawa Islam dan PAS adalah dua entiti berbeza. Islam adalah agama dan bukan parti politik, manakala PAS sebuah parti politik dan bukan agama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

Beliau membidas kenyataan Abdul Hadi menerusi laporan akhbar semalam yang mendakwa PAS tidak mampu menawan hati penduduk di Johor kerana mereka kurang kesedaran mengenai politik Islam.

Syed Johan menambah, seorang umat Islam yang memahami politik Islam tidak semestinya akan menyokong PAS.

“Begitu juga dengan ahli PAS, tidak semestinya setiap seorang daripada mereka memahami politik Islam sebenar.

“Umat Islam yang tidak menyertai atau menyokong PAS tetap beragama Islam. Cuma ideologi politiknya berbeza dan perbezaan itu sama sekali tidak menggambarkan umat Islam berkenaan kurang memahami politik Islam,” katanya.

Menurutnya, pemikiran jumud seperti itu perlu ditolak dan dibantah keras.

“Kami menuntut agar Abdul Hadi memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Johor dengan kadar segera dan tidak lagi memandang rendah pada umat Islam lain yang tidak menyokong ideologi politik PAS,” tegasnya. - Getaran 8 Mac 2022.
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia