web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPP Pandang Serius Dakwaan Rafizi, Aplikasi ADIL Pelaburan Jangka Panjang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 9:01PM

Rafizi berkata masalah teknikal yang melanda aplikasi ADIL boleh menimbulkan keresahan dan kekecewaan ahli parti yang keluar mengundi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memandang serius dakwaan calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli berhubung masalah sistem pengundian melalui aplikasi ADIL, yang digunakan pada Pemilihan PKR 2022 ketika ini.

Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa berkata, aplikasi berkenaan adalah pelaburan jangka panjang yang diharapkan dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada parti, khususnya berkaitan pengurusan sistem keanggotaan secara lebih sistematik serta ketelusan proses pemilihan kepimpinan parti yang di era digital.

Menurut beliau, pihaknya sebagai badan pelaksana perlu mengambil tanggungjawab untuk meneruskan pemilihan parti yang buat pertama kalinya dilakukan secara hibrid, dengan menggabungkan kaedah pengundian secara fizikal dan atas talian menggunakan aplikasi ADIL.

“JPP mengambil keputusan untuk tidak menggunakan QR code pada kali ini, bagi menghapuskan risiko penipuan, kerana ia boleh dicetak berkali-kali, sekali gus menutup ruang untuk mana-mana anggota melakukan pengundian berganda berulangkali.

“Demi mengelakkan ia berlaku, maka untuk Pemilihan PKR 2022, JPP mewajibkan penggunaan dakwat calit undi serta memperkenalkan sistem pemantauan ketat, apabila hanya pengawas bertugas mempunyai akses kepada kod kata laluan berbeza-beza bagi membuka kertas undi digital di peranti pengundian disediakan,” katanya hari ini.

Dr Zaliha berkata, JPP amat memahami risiko penipuan yang menjadi kekhuatiran Rafizi, malah pada dasarnya turut menjadi kebimbangan jawatankuasa berkenaan.

Tegas beliau, sebagai sebuah badan penentu dasar tertinggi iaitu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta Biro Politik Parti, langkah meneruskan pemilihan bagi tahun ini adalah keputusan yang dicapai secara muafakat dan dimuktamadkan.

“Ia diambil untuk memberi ruang kepada anggota bagi membuat pilihan demi melengkapkan barisan kepimpinan yang lompong akibat dari insiden Langkah Sheraton, sekali gus sebagai persediaan berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka akan dibuat bila-bila masa,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Dr Zaliha berkata, JPP ingin membetulkan salah faham dan salah tanggap tentang pengendalian dan petugas pemilihan kali ini.

Jelasnya, pengawas pemilihan dipilih dari kalangan rakyat Malaysia dewasa yang bukan merupakan anggota parti, seperti dari kalangan mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak yang tidak berkepentingan.

“Penyelaras Tempat Undi (PTU) dan petugas pula adalah dari kalangan anggota parti yang tugasannya hanya membantu melancarkan proses pemilihan di satu-satu cabang.

“Mereka dilarang sama sekali berada di ruang pengundian atau menyentuh mana-mana peranti yang sepenuhnya di bawah tanggungjawab Pengawas.

“JPP adalah suatu badan yang seharusnya bertindak secara bebas, neutral serta tidak berpihak, adil, telus dan bertanggungjawab.

“Sistem aplikasi ADIL telah diletakkan pelbagai ciri sekuriti untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Zaliha menegaskan JPP boleh mengambil langkah untuk membatalkan keputusan mana-mana pengundian dan melakukan semula proses tersebut sekiranya mendapati terdapat masalah teknikal berlaku menerusi ADIL atau berlaku sebarang masalah di lokasi pengundian.

“Jika keperluan tersebut berlaku maka parti, pimpinan dan akar umbi harus menerima baik sebarang kemungkinan atas keputusan yang bakal diambil JPP demi kebaikan dan ketelusan perjalanan Pemilihan 2022.

“Langkah keselamatan dan ciri-ciri sekuriti yang sedia ada dalam penggunaan aplikasi ADIL, berserta dengan sistem dan proses pengundian yang dikawal rapi, ditambah lagi dengan pengenalan penggunaan dakwat calit undi memastikan pemilihan parti berjalan dengan telus, saksama serta selamat,” katanya.

Terdahulu, Rafizi mengakui berlaku masalah teknikal di beberapa kawasan termasuk membabitkan peranti ketika proses pemilihan secara fizikal.

Beliau berkata, perkara tersebut boleh menimbulkan keresahan dan kekecewaan ahli parti yang keluar mengundi tetapi tidak dapat berbuat demikian. - Getaran, 16 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dah ‘Call’ Rafizi, Keputusan Pemilihan PKR Dalam Waktu Terdekat - Anwar Ibrahim

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pemilihan PKR: Sangetha Jayakumar Dakwa Keputusan Tidak Masuk Akal

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Tidak Rasmi: Rafizi Akhirnya Berjaya Menang Jawatan Timbalan Presiden PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

Johari Abdul Gagal Rebut Jawatan Ketua Cabang Sungai Petani

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini