web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johari Abdul Gagal Rebut Jawatan Ketua Cabang Sungai Petani

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 9:42PM

Datuk Johari Abdul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Johari Abdul tewas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min bagi merebut jawatan Ketua Cabang Sungai Petani dalam Pemilihan PKR 2022 yang diumumkan keputusannya hari ini.

Menerusi keputusan dipaparkan di laman web https://pemilihankeadilan2022.com, Johari yang juga Pengerusi PKR negeri sekadar memperolehi 464 undi manakala Simon, bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar negeri meraih 567 undi.

Seorang lagi pesaing, Mohd Zaidi Othman sekadar berada di kedudukan ketiga apabila memperolehi 142 undi.

Johari juga menyandang jawatan Ahli Parlimen Sungai Petani dan ADUN Gurun.

Sebelum ini jawatan Ketua Cabang dipegang ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee yang sudah meninggalkan parti itu bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 5 September 2020.

Sementara itu Simon ketika dihubungi Getaran memaklumkan, beliau mempunyai matlamat untuk memperkukuh serta memperkemaskan kepimpinan parti untuk berdepan pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Kita nak terus naikkan nama parti supaya rakyat lebih menyokong. Tumpuan kini sudah tentu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), tidak lama lagi.

“Selepas berakhir pemilihan, saya rasa semuanya ‘ok’. Ini pertandingan sihat dan merupakan satu proses biasa dalam parti,” katanya.

Tambahnya beliau berharap selepas ini semua pihak dalam parti dapat duduk bersama dan terus bergabung tenaga bagi berdepan PRU-15. - Getaran, 29 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Menu Rahmah: Speaker Buat Keputusan Esok Mengenai Kenyataan Ahli Parlimen Kapar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Johari Sindir MB Kedah, Yakin PH Menang 25 Kerusi DUN

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dah ‘Call’ Rafizi, Keputusan Pemilihan PKR Dalam Waktu Terdekat - Anwar Ibrahim

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pemilihan PKR: Sangetha Jayakumar Dakwa Keputusan Tidak Masuk Akal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki