web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johari Sindir MB Kedah, Yakin PH Menang 25 Kerusi DUN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 7:43AM

Datuk Johari Abdul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pakatan Harapan (PH) Kedah yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berdasarkan beberapa faktor semasa.

Keyakinan tersebut disuarakan Pengerusi PH Kedah, Datuk Johari Abdul, tiga hari selepas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan PAS negeri itu berupaya memenangi 22 kerusi DUN.

Menurut Johari, jumlah minimum 25 kerusi bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai ketika prestasi kerajaan negeri ketika ini berada pada tahap tidak membanggakan.

“Sebagai contoh kerajaan negeri selalu menyebut pelaburan demi pelaburan yang masuk tetapi yang kita tengok, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak ke mana juga.

 “Harga barang juga masih tinggi malah masalah banjir di Baling masih berterusan tanpa penjelasan yang jitu dan tuntas.

“Kita minta bincang soal banjir di Baling dalam DUN pun ditolak. Nampak ada sesuatu cuba dielak Muhammad Sanusi dari bercakap dalam hal berkaitan soal rakyat,” katanya kepada Getaran.

Dalam sidang media selepas pelancaran jentera Pilihan Raya PAS Kedah pada Ahad lalu, Muhammad Sanusi berkata, parti itu akan memenangi sekurang-kurangnya 22 kerusi DUN di Kedah berdasarkan kedudukan PAS yang dilihat semakin kukuh dan kuat.

Malah beliau turut membuat kenyataan yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pimpinan dan ahli UMNO dengan mengatakan parti itu boleh menumpang kekuatan PAS di Kedah jika berminat menjalin kerjasama.

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Johari berkata, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu boleh membuat apa saja dakwaan bagi melakukan perang psikologi.

“Tetapi kena ingat pengundi berusia 18 tahun dan baru kali pertama mengundi berjumlah hampir 30 peratus di Kedah dan itu satu angka yang besar.

“Kita tak tahu sokongan mereka sama ada akan mengundi mengikut kawan, ibu bapa atau manifesto.

“Itu bermakna tiada siapa boleh mendakwa kononnya pengundi muda menyebelahi mereka.

“Sebab itu apabila Muhammad Sanusi kata dia boleh dapat 22 kerusi, saya ucapkan selamat maju jayalah kepada dia,” katanya.

Sementara itu, Johari berkata, beliau menjangkakan tidak mustahil khemah besar melibatkan parti tertentu akan terbentuk berdasarkan kenyataan terbaharu dikeluarkan beberapa pihak.

“Ada pandangan menyatakan khemah besar tak mungkin berlaku tetapi berdasarkan kenyataan terbaharu, ada kemungkinan perkara itu berlaku.

“Kita tak boleh pergi solo kerana sistem hari ini telah bertukar dan sama ada suka atau tidak, perlu terima kenyataan bahawa tiada parti yang kuat.

“Oleh itu, saya rasa khemah besar akan terbentuk dan disebabkan itu, saya amat yakin PH akan dapat 25 kerusi paling minimum selain dibantu faktor saya sebutkan tadi,” katanya. - Getaran 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

3

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki