web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dah Ajak Debat Tapi Kit Siang ‘Kecut’ Pula - Najib

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 8:39PM

Datuk Seri Najib Tun Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sebagai pengecut selepas membuat alasan untuk tidak berdebat dengannya.

Beliau menegaskan, Kit Siang sebelum ini telah menolak jemputan untuk berdebat pada tahun 2019, kononnya perdebatan itu akan mencetuskan isu perkauman.

Lebih mengejutkan, menurut beliau, alasan terbaharu diberikan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu ialah kerana akan memberi platform kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) terbabit untuk menonjol dan menaikkan kredibilitinya sebagai pemimpin.

“Pengecut. Berani fitnah dan tipu selama berpuluh tahun tapi kecut bila dicabar.

“Lalu dia panggil saya kleptokrat tapi dia terus lupa kes rasuah banglo dan terowong anak dia,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

 

Kenyataan Uncle pagi ini. 1. Dia kata dia tak bersara politik. 2. Dia tak mahu debat dengan saya. Alasan kali pertama...

Posted by Najib Razak on Sunday, May 29, 2022

Najib secara sinis berkata, mungkin Kit Siang akan menerima pelawaan jika perbahasan diadakan dalam bahasa Mandarin kerana pelawaannya berdebat dalam bahasa Inggeris sebelum ini telah ditolak.

“Saya offer debat dalam Bahasa Inggeris dengan dia pun dia kecut. Takkan nak saya debat dalam Bahasa Mandarin pula,” soalnya sinis.

Terdahulu, Kit Siang secara muktamad menyatakan dia tidak akan berdebat dengan mantan Presiden UMNO itu.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menjadikan ‘kleptokrasi’ sebagai alasan untuk tidak bersemuka dengan Najib sambil menambah, Ahli Parlimen Pekan tersebut perlu menghilangkan diri selepas memalukan negara.

Jelas Kit Siang, dia terpaksa mengecewakan Najib untuk tidak berdebat kerana telah bersara daripada politik kompetitif.

Pada masa sama, beliau tidak mahu memberikan sebarang platform kepada bekas perdana menteri itu yang hanya akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan Najib bahawa tidak ada salahnya untuk menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi.

Dalam pada itu, Najib menegaskan, Kit Siang wajib menjawab enam soalan yang telah dikemukannya sejak dua minggu lalu sekiranya bertegas tidak mahu mengadakan debat.

“Kenapa kamu meroyan lebih 10 tahun tentang kematian Teoh Beng Hock yang jatuh bangunan tapi kamu sepatah haram tidak pernah sebut tentang kematian mengejut saksi utama kes terowong yang juga jatuh bangunan sebulan sebelum mendiang dijadualkan memberi keterangan dalam mahkamah.

“Kenapa kamu sekian lama nak tuduh dan kaitkan saya dengan pembunuhan beberapa orang tetapi selepas PRU14 kamu pulak kata kamu tak pernah tuduh saya?

“Kenapa kamu kata Malaysia bakal bankrap/gagal sejak 60 tahun lalu dari permulaan karier politik sehingga kononnya kamu bersara tetapi Malaysia belum bankrap/gagal lagi?” tanya Najib.

Soalan lain termasuk mengapa Kit Siang membuat kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14 selepas berpuluh tahun menuduh bekas perdana menteri itu sebagai korup.

“Saya tak pernah didakwa mencuri/merompak/ambil rasuah tetapi bawah akta AMLA sebab saya tak gunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi - sangat berbeza dengan anak kamu yang benar-benar didakwa minta/ambil rasuah dan penyelewengan harta bawah kanun keseksaan. Jadi, kenapa kamu gelar saya kleptokrat tetapi tak tuduh anakmu seorang kleptokrat?

“Mana pendrive?” tanya Najib. - Getaran, 30 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 56 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan