web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rombakan Kabinet Bukan Punca Zuraida Berundur - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jun 2022 7:33PM

Zuraida masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas seperti biasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan bahawa Datuk Zuraida Kamaruddin berundur disebabkan Kabinet bakal dirombak dalam masa terdekat.

Naib Presiden UMNO itu menegaskan, pemimpin tersebut sendiri yang mengumumkan melepaskan jawatan terbabit dan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta-merta.

“Tiada kena mengena (dakwaan) kerana dia (Zuraida) umum dulu, tetapi kita tak tahu apa yang berlaku selepas ini.

“Dia tak berhenti (sebagai Menteri), namun hanya keluar dari BERSATU dan tak berundur dari Kabinet.

“Dia berhenti BERSATU pun tiada langsung maklum atau bincang dengan saya kerana itu parti dia, namun saya dapat beri kepastian dari segi jawatan dia kena bincang dengan saya sebab dia sebahagian daripada barisan Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Majlis Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO mengesahkan belum mengadakan pertemuan bersama Zuraida bagi membincangkan kedudukan pemimpin tersebut sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Saya difahamkan Zuraida masih bercuti dan kerana itu saya belum dapat lakukan pertemuan bersama. Beliau perlu jelaskan perkara ini sebelum saya buat keputusan.

“Jadi, saya sahkan dia belum datang lagi jumpa saya. Insyallah, selepas dia jumpa saya, kita akan bincang dan buat keputusan agar dia kekal atau kita terima dia mahu meletak jawatan,” katanya.

Terdahulu, ketika berada di Jepun untuk lawatan kerja rasminya, beliau menegaskan bahawa Zuraida masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas seperti biasa, selagi pemimpin itu tidak membuat keputusan.

Jelasnya, Zuraida perlu menjalankan tugas sebagai menteri seperti biasa dan boleh menghadiri mesyuarat Kabinet terdekat kerana kedudukannya sebagai orang nombor satu kementerian berkenaan, diputuskan selepas pertemuan itu.

Mengulas perkara berbeza, mulai 1 Julai depan, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada penternak, sebaliknya menyalurkan peruntukkan itu kepada rakyat memerlukan, terutama golongan B40.

Menurut beliau, langkah terbabit bertujuan mengurangkan bebanan rakyat supaya tidak terlalu tertekan dengan kenaikan harga barang.

“Tunggu pengumuman daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan serta Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), namun yang penting 1 Julai nanti kita akan bagi secara terus kepada rakyat.

“Jemaah Menteri hari ini turut bersetuju memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak RM0.60 sekilogram dengan mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5.90 sekilogram, selain harga runcit ayam bulat standard sebanyak RM8.90 sekilogram,” katanya.

Sebelum ini, KPDNHEP dilapor menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8.90 sekilogram di Semenanjung bermula Sabtu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, ia akan berkuat kuasa selepas berakhirnya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) pada Jumaat lalu, dengan harga itu akan kekal sehingga 5 Jun depan, iaitu selama 121 hari bagi menjamin kestabilan harga ayam segar dalam pasaran.

Sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan, harga runcit ayam segar di pasaran masa ini akan melebihi RM10 sekilogram.

Kelmarian, Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau dilaporkan berkata, masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran berlarutan sehingga Ramadan, didakwa berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran penternak.

Beliau mendakwa penternak dan pengeluar mungkin memilih mengurangkan pengeluaran bagi menampung kos pengeluaran, sekali gus menyebabkan bekalan akan terganggu. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan