web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memang Benar Zahid Jumpa Hadi Awang, Muhyiddin Bincang ‘Gugur’ Kes Mahkamah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 6:09PM

Abdul Hadi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pernah melakukan pertemuan dengannya  bagi meminta supaya siasatan kes rasuah terhadap Presiden UMNO itu dihentikan.

Perkara itu dibongkarkan oleh Penyelaras Penerangan Perikatan Nasional (PN), Badrul Hisham Shahrin menerusi sepucuk surat akuan bersumpah daripada Abdul Hadi yang diterima Getaran bagi menjawab pendedahan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Felda Tenggaroh 3, dekat Mersing, Johor baru-baru ini.

Muhyiddin mendedahkan, Ahmad Zahid ada ke rumahnya ketika beliau berbincang dengan Abdul Hadi, dengan membawa satu beg berisi dokumen kes mahkamah.

Berdasarkan surat tersebut, Abdul Hadi telah hadir ke rumah Tan Sri Annuar Musa pada awal Mac 2020 bagi pra perbincangan pembentukan kerajaan PN.

“Semasa di rumah Annuar Musa, Ahmad Zahid berbincang secara peribadi dengan saya (Abdul Hadi).

“Beliau membangkitkan tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan saya menyatakan Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai peruntukan wajib berkenaan jawatan tersebut.

“Kemudian beliau menunjukkan kepada saya fail peribadinya berkenaan kes jenayah terhadapnya.

“Saya menasihatkannya supaya kita menyelesaikan dulu masalah kerajaan dan bukan hal-hal lain,” katanya.

Selepas pertemuan itu, Abdul Hadi menerusi surat tersebut menjelaskan, beliau serta Ahmad Zahid pergi ke rumah Muhyiddin bagi menghadiri mesyuarat penubuhan kabinet kerajaan PN.

“Dari rumah Annuar Musa, kami telah pergi ke rumah Muhyiddin yang amat berdekatan bagi mesyuarat penubuhan kabinet kerajaan PN.

“Selepas tamat mesyuarat tersebut, Ahmad Zahid yang pada asalnya mengiringi saya keluar untuk pulang, telah berpatah balik masuk semula ke dalam rumah Muhyiddin,” katanya.

Abdul Hadi berkata, beliau mengetahui sebab utama Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berpatah balik bagi melakukan pertemuan serampang dua mata yang memberi keuntungan kepada Ahmad Zahid.

Surat akuan bersumpah daripada Abdul Hadi yang diterima Getaran.
Surat akuan bersumpah daripada Abdul Hadi yang diterima Getaran.

“Saya sedari bahawa Ahmad Zahid mahu membincangkan tentang fail peribadinya yang ditunjukkan kepada saya semasa di rumah Annuar Musa.

“Saya nampak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada bersama dengan Muhyiddin, namun saya tidak mengikuti perbincangan tersebut dan terus pulang,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin mendedahkan Pemimpin UMNO didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara BN dan PN.

“Beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya semasa saya sedang berbincang dengan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, bawa satu fail bertimbun-timbun (dokumen).

“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya.

“Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan),” dedah Muhyiddin.

Pada masa sama, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendedahkan Ahmad Zahid Hamidi, pernah bertemunya meminta supaya siasatan kes rasuah terhadap Presiden UMNO itu dihentikan.

Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) itu mendakwa, pertemuan tersebut berlaku ketika ada ura-ura bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Badrul Hisham menjelaskan, tindakan Ahmad Zahid menyokong kerajaan PN mempunyai agenda udang di sebalik batu, iaitu mengharapkan agar kesnya di mahkamah digugurkan.

Selepas tidak dilayan, beliau menegaskan, Ahmad Zahid menggunakan kuasa veto sebagai Presiden UMNO dan mula menyerang kerajaan walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri merupakan Naib Presiden parti berkenaan.

“Dia tetap terus cuba jatuhkan (kerajaan) atas sebab kes dia tak gugur. Dia desak Pilihan Raya Umum (PRU) segera sebab dengan senarai calon yang dipilih nanti dia jangka akan menang besar dan akan kawal sepenuh kerajaan yang boleh digugurkan kesnya.

“Ingat, dia dan Datuk Seri Najib Razak pernah khianat UMNO sendiri dengan tulis surat kepada Istana guna kepala surat parti itu bagi sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) jadi Perdana Menteri bagi jatuhkan kerajaan.

“Ketika itu mungkin dia yakin jika Anwar (cikgu dia) jadi Perdana Menteri maka kes dia gugur. Negara ini terus dia akan celarukan selagi kes dia tak gugur,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan