web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Tepat Saya Desak Malaysia Ambil Semula Riau, Singapura - Tun M

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 5:31PM

Dr. Mahathir Mohamad - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak supaya Malaysia menuntut semula Singapura dan Kepulauan Riau tidak tepat sama sekali. 

Beliau menegaskan, ucapannya sebelum ini seperti dilaporkan media hanya mahu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengambil maklum secara terperinci terhadap Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh yang saiznya kecil, berbanding wilayah lain sudah diambil dari Malaysia.

“Saya cuba menunjukkan bahawa kita begitu bimbang kehilangan batu sebesar meja, tetapi tidak pernah (bimbang) mengenai bahagian lebih besar di Malaysia apabila ia diambil daripada kita. Kehilangan Pulau Batu Puteh bukan masalah besar. 

“Adalah kesilapan kerajaan Johor menafikan bahawa pulau tersebut adalah milik negeri itu. Sekiranya penafian tersebut tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berkata, negara seharusnya bersyukur kerana Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menganugerahkan Pulau Ligitan dan Sipadan kepada Malaysia serta tidak dituntut semula Indonesia. 

“Kedua-dua pulau tersebut adalah lebih berharga berbanding Pulau Batu Puteh yang hanya seketul batu.

“Kita patut bersyukur kerana Indonesia tidak mempertikaikan anugerah tersebut. Sungguh, kita tidak bersyukur dengan keuntungan diperoleh,” katanya. 

Pulau Batu Puteh - Gambar AFP
Pulau Batu Puteh - Gambar AFP

Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir berkata, Singapura dan kepulauan Riau sepatutnya dikembalikan kepada Malaysia kerana wilayah terbabit adalah sebahagian daripada tanah Melayu. 

Ketika berucap dalam sebuah kongres pada Ahad lalu, beliau dilaporkan berkata, sejarah membuktikan bahawa Tanah Melayu terbentang dari Isthmus of Kra di selatan Thailand hingga ke Kepulauan Riau.

“Kita seharusnya menuntut bukan sahaja Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh dikembalikan kepada kita, sebaliknya kita juga harus menuntut supaya Singapura serta kepulauan Riau dikembalikan kepada Malaysia sebagai Tanah Melayu.

“Tetapi hari ini, kita hanya tinggal Semenanjung. Saya tertanya-tanya sama ada kita akan terus memiliki Semenanjung ini. Saya bimbang masa depan orang Melayu, adakah tanah Semenanjung itu juga akan dimiliki pihak lain,” katanya. 

Terdahulu, Malaysia terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri Ke-7, membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman, berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan beberapa hari sebelum kes dibicarakan di ICJ pada 11 Jun 2018. - Getaran, 23 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'