web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jazlan Kritik PM Hanya ‘Sandiwara Populis’, Demi Kepentingan Sendiri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 11:59AM

Amin berkata Nur Jazlan tidak wajar melabelkan Ismail Sabri lemah atau mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kritikan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya sandiwara populis demi kepentingan peribadi.  

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor berkata, tidak seharusnya Nur Jazlan melabelkan Ismail Sabri lemah atau mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, sebaliknya beliau wajar memberi pandangan konstruktif untuk membantu rakyat.

Menurut beliau, tidak wajar untuk pemimpin UMNO yang terdiri daripada barisan Jemaah Menteri menimbulkan kenyataan seakan-akan hanya mahu mengambil kesempatan menjatuhkan Perdana Menteri.  

“Ketika kerajaan giat membantu rakyat adalah amat tidak cantik apabila timbul kenyataan oleh bekas menteri Kabinet dan berpengalaman yang seakan cuba mengambil kesempatan untuk keberuntungan sendiri.

“Ada waktunya kita boleh berpolitik, tetapi lebih masanya kita perlu memartabatkan keharmonian untuk mentadbir negara dengan lebih baik demi keberuntungan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Nur Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor menyifatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara, susulan kelewatan pemimpin itu membuat keputusan mengenai kedudukan jawatan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet.

Ia berikutan tindakan Zuraida mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 26 Mei lalu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dalam pada itu, Amin menyatakan kekesalan kerana serangan terbuka terhadap kepimpinan UMNO bukan kali pertama dilakukan Nur Jazlan, bahkan pernah dibuat terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Seingat saya pada 21 Mei 2018 juga beliau pernah ‘blame game’ (mencetuskan sikap) mengkritik kepimpinan Najib akibat kekalahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Sedangkan beliau sendiri lupa peranan beliau juga adalah untuk memenangkan UMNO dan BN.

“Bagi saya kalau pun tidak boleh membantu dari segi usaha dan idea, diam pun boleh menolong juga setidak-tidaklah tidak memecah belah serta memporak-perandakan parti,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'