web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15 Segera, Asyraf Wajdi Tak Sensitif ‘Periuk Nasi’ Rakyat - Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 12:42PM

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil (kiri) dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) - Gambar oleh Syeda Imran dan Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak wajar dilaksanakan seawal September ini, kerana kerajaan dan pelbagai pihak berkaitan harus diberi ruang bagi menyelesaikan isu peningkatan kos sara hidup serius yang memberi kesan kepada rakyat.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, jangkaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa PRU-15 mungkin diadakan dalam tempoh dua bulan dari sekarang membuktikan pemimpin itu tidak sensitif dengan permasalahan dihadapi orang ramai ketika ini.

“Saya rasa Datuk Asyraf seakan-akan tidak sensitif rakyat sedang sengsara, dengan harga minyak dan ayam tinggi, dia boleh pula nak PRU. Jadi, ini satu tindakan yang memikirkan periuk nasi sendiri, dia sepatutnya fikirkan periuk nasi rakyat kerana rakyat sedang terkesan.

“Pada masa sama, semua pihak sedang berusaha, seperti saya melaksanakan pelbagai inisiatif dan program membantu rakyat, ada baru dapat kerja semula dan bernafas balik, tiba-tiba dia (Asyraf) nak terus PRU. Adalah sangat tidak sesuai pada saat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Jualan Amal Prihatin Rakyat dengan kerjasama Mydin di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa, di sini, hari ini.

Para pembeli di Jualan Amal Prihatin Rakyat yang diadakan dengan kerjasama Mydin di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa - Gambar oleh Syeda Imran
Para pembeli di Jualan Amal Prihatin Rakyat yang diadakan dengan kerjasama Mydin di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa - Gambar oleh Syeda Imran

Dalam pada itu, Fahmi turut mengingatkan Asyraf Wajdi bahawa kuasa menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen bukan hanya terletak di tangan Perdana Menteri secara individu, tetapi secara kolektif melalui persetujuan Kabinet.

“Beliau (Asyraf) kena ingat, yang buat keputusan (membubarkan Parlimen) itu ialah Jemaah Menteri dan (mereka) akan menasihati Seri Paduka Baginda.

“Jadi, jangan melangkaui proses yang telah ada dan Asyraf jangan lebih sudu dari kuah pula. Itu nasihat saya,” katanya.

Semalam, Asyraf Wajdi menjangkakan, paling awal PRU-15 diadakan ialah dalam tempoh dua bulan dari sekarang, sama ada September atau Oktober.

Beliau berkata, ia disuarakan berdasarkan keperluan segera untuk mengembalikan mandat kepada rakyat dalam usaha menstabilkan kerajaan.

Menurut beliau, PRU-15 tidak mungkin diadakan pada November atau Disember memandangkan ketika itu musim tengkujuh yang mungkin menyebabkan rakyat sukar keluar mengundi.

Kata Asyraf, PRU-15 jika diadakan lebih lewat akan menyebabkan rakyat bertambah tertekan akibat kenaikan harga dan pelbagai isu ekonomi, berikutan kerajaan yang tidak stabil.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menjangkakan, 2023 merupakan waktu terbaik untuk negara membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.

“Saya risau sikit pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tentang kemungkinan berlaku gelombang pandemik baharu. Kita juga nak tahu dahulu kesan pengurangan subsidi kepada ekonomi rakyat.

“Mungkin awal atau pertengahan tahun depan itu paling sesuai. Apa pun, Pakatan Harapan (PH) belum buat apa-apa pengumuman. Maka, kita semestinya tertakluk kepada keputusan kerajaan khususnya Perdana Menteri. Sekarang, kita fokus kepada rakyat,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, PKR serta PH sudah bersiap siaga berdepan PRU-15 sekiranya diadakan dalam tempoh terdekat dan menjangkakan, blok pembangkang memiliki persediaan lebih baik berbanding komponen kerajaan.

“PKR telah tamat proses pemilihan, DAP pun dah selesai, AMANAH tiada pemilihan dan saya lihat kami makin bersedia hadapi PRU-15.

“Saya tak pasti bagi UMNO, bagaimana keputusan pendaftar pertubuhan parti itu menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Saya rasa Asyraf boleh fikirkan perkara itu daripada nak segerakan PRU, mungkin dia kena hadapi pemilihan parti dia terlebih dahulu,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah