web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Krisis UMNO, BERSATU Sudah Dijangka - Mukhriz

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 4:23PM

Mukhriz tidak terkejut dengan perkembangan ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ketegangan yang berlaku antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terutamanya menerusi kenyataan dibuat pimpinan parti Melayu terbesar itu dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, adalah sesuatu yang sudah dijangka sejak sekian lama.

Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau bersama pimpinan lain dalam BERSATU sebelum ini pernah memberi amaran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ketegangan akan berlaku sekiranya kedua-dua parti itu membentuk kerjasama.

Bagaimanapun katanya, Muhyiddin mengabaikan amaran tersebut dengan memberi gambaran seolah-olah beliau mampu mengawal keadaan.

“Saya tak terkejut dengan perkembangan ini kerana kita pernah memberi amaran kepada Muhyiddin dulu. Sebelum berlakunya Langkah Sheraton, kita pernah tanya pada Muhyiddin dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU sama ada beliau sanggup bersekongkol dengan UMNO ketika parti itu memberi isyarat bahawa kerjasama tersebut adalah berbentuk ‘en bloc’.

“Namun beliau menyatakan kesanggupan dan memberi gambaran seolah-olah boleh mengawal keadaan. Kami tidak bersetuju kerana merasakan perkara itu tidak mudah dilakukan serta yakin UMNO akan membuat pelbagai tuntutan dan akhirnya, sekarang apa yang kami jangkakan itu telah pun berlaku,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Mukhriz menambah, melihat kepada trend ucapan dilafazkan dalam perhimpunan tersebut, sifat sombong dalam kalangan pemimpin UMNO masih menebal walaupun telah dihukum rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU-14) yang lalu.

“Ucapan yang dibuat tidak menunjukkan bahawa UMNO telah sedar dan mahu kembali ke pangkal jalan. Apa yang kita dengar cuma kenyataan seolah-olah menunjukkan kerajaan sepatutnya menjadi milik UMNO, jawatan Perdana Menteri perlu menjadi milik UMNO dan sebagainya yang menunjukkan UMNO perlu mendominasi keadaan.

“Tak nampak ada sekelumit rasa bersalah atau mahu muhasabah dan merendah diri selepas rakyat memberi isyarat jelas dalam PRU-14. Bila ada unsur sombong itu, maka susahlah nak wujudkan kerjasama,” katanya.

Sementara itu Mukhriz berkata, beliau menjangkakan Perikatan Nasional (PN) akan terus berusaha mengumpan Ahli Parlimen pembangkang sebagai persediaan sekiranya berlaku penarikan sokongan oleh Ahli Parlimen UMNO selepas ini.

“Taktik itu lebih mudah dan ‘murah’ jika mahu dibandingkan dengan membubarkan Parlimen dan berdepan risiko kehilangan kuasa. Kalau dapat dalam empat atau lima orang lagi pun, itu setidak-tidaknya boleh membantu mengukuhkan PN.

“Tetapi jika keseluruhan Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan, itu mungkin satu lompang besar untuk diisi. Apa pun saya fikir, modus operandi itu akan terus diguna pakai kerana lebih berbaloi berbanding risiko kehilangan kuasa jika Parlimen dibubarkan dan diadakan PRU,” katanya. - Getaran, 30 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang