web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Percakaran AMK Semasa Pemilihan PKR Adat Pertandingan, Jangan ‘Dipanjangkan’- Adam Adli

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 8:12PM

Adam Adli Abd Halim - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) perlu memperkukuh akar umbi dan barisan jentera walaupun timbul perbalahan serta percakaran ketika Pemilihan PKR 2022.

Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata, adat pertandingan menyaksikan pasti wujud ketegangan sesama ahli, namun perkara itu perlu ‘direset’ sepenuhnya agar sayap Pemuda mampu memberi tumpuan kepada rakyat dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15). 

Beliau mengharapkan agar setiap ahli AMK tidak memanjangkan isu dan terbawa-bawa dengan perilaku pemilihan lalu.

“Kita sedar, kalau pemilihan yang baru kita tempuhi sebelum kita sampai ke hari ini, sedikit sebanyak menimbulkan calar dan balah antara sebahagian kita semua. Begitulah adat dalam pertandingan, akhirnya ada bersaing ada bertingkah, ada bertegang, ada berbalah. 

“Namun sebagai pemimpin, ada kewajipan ke atas diri kita untuk melihat gambaran lebih besar. Andai ada salah dan khilaf, bermaaf-maafanlah kembali antara kita semua. Kerana di hadapan nanti, ada segunung cabaran sedang menanti kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Kongres Nasional AMK di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Adam Adli berkata, keperluan untuk AMK memandang serius perubahan landskap pilihan raya menyaksikan peningkatan besar pengundi baharu dan muda yang angkanya cukup signifikan dalam mencorakkan keputusan pilihan raya akan datang.

“Tumpuan teralih kepada keupayaan kita untuk mengembleng sokongan kaum muda mengangkat PKR dan Pakatan Harapan (PH) mencapai kejayaan dalam pilihan raya yang bakal kita hadapi tidak begitu lama lagi. 

“Saya tidak mahu mengikat diri saya dengan terlalu banyak janji yang entah kalau tidak berhati-hati, risau dimungkiri. Cukuplah, sesuai semangat yang dibawa sepanjang pemilihan lepas, menjadi tanggungjawab saya untuk memimpin dengan adil dan saksama. 

“Setiap suara yang bergema, setiap perbezaan dalam sudut pandang, setiap buah fikiran, pendekatan baik dari segi mengurus organisasi mahupun hala tuju pergerakan, seharusnya diraikan sebagai kekuatan kita. 

“Kepelbagaian adalah teras kepada perjuangan parti kita. Suatu wadah yang tidak mudah untuk diperjuangkan, namun berjaya kita angkat selama lebih 20 tahun sejak reformasi bergema buat kali pertama di Kuala Lumpur suatu masa dahulu,” katanya. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah