web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Telus, Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri - Aziz Bari

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 8:39AM

Abdul Aziz Bari - Gambar dari Facebook Aziz Bari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan pelbagai tindakan yang dikategorikan sebagai meragukan oleh kerajaan seolah-olah memperlihatkan bahawa barisan kepimpinan ketika ini dibayangi ketakutan terhadap kelemahan mereka sendiri.

Ketua Pembangkang Perak, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, terlalu banyak ketidaktelusan dilihat berlaku mutakhir ini, yang menimbulkan seribu persoalan di kalangan rakyat.

“Apakah ia bermakna selama ini penggunaan wang berjalan terlalu laju atau banyak perkara lain yang meragukan yang sepatutnya dibincangkan secara telus di Parlimen? Apa yang nak disembunyikan di sini?''

Menurut beliau, manifestasi ketakutan itu semakin terbukti dengan penggantungan sidang Parlimen, walaupun hakikatnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sendiri sudah menitahkan bahawa ia boleh berjalan seperti biasa.

“Memang betul, terlalu banyak yang tidak telus. Apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri sudah menitahkan akan keperluan sidang Parlimen untuk diadakan tetapi masih tidak diendahkan, ia akhirnya menunjukkan bahawa kerajaan sekarang sememangnya tidak bersedia untuk bertemu rakyat dan melakukan proses pentadbiran secara biasa.

“Saya kira COVID-19 dah pun reda dengan adanya vaksin dan kalaupun masih belum pulih sepenuhnya, sudah ada garis panduan lengkap dan prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang boleh dilakukan, apatah lagi dengan pembukaan semula sekolah, sesi bekerja dari rumah yang sudah ditarik balik, ertinya (keadaan) sudah berbalik kepada suasana asal serta normal,” katanya kepada Getaran dalam pertemuan eksklusif di ibu negara baru-baru ini.

Senario itu jelas Aziz, sudah cukup memberi petunjuk jelas yang membolehkan sidang Parlimen diadakan, tanpa perlu menggunakan Ordinan Darurat bagi memutuskan peraturan tertentu.

“Secara umum, memang benda (peraturan baru ini) yang dijangka cuma saya rasa ragu, apakah ini sebenarnya tujuan darurat sebab kalau kita berbalik kepada asas perlembagaan itu sendiri seperti dibayangkan atau dilaporkan (Suruhanjaya) Reid, benda ini tak ada ertinya. Kalau sampai ke peringkat benda-benda (perkara) rutin pun nak guna ordinan darurat jadi apa sudahnya?

“Macam mana nanti kalau dia kata pula, pilihan raya digantung sampai kiamat, atau sampai bila-bila, atau sampai kerajaan berpuas hati, ini kan pelik? Jadi ini sudah sampai ke peringkat tak masuk akal, kalau nak menggunakan wang pun maknanya sampai nak gunakan ordinan darurat jadi kita bimbang benda ni berlaku salah guna,” tegasnya.

Aziz menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan satu undang-undang baharu yang membenarkan Perbendaharaan (Kementerian Kewangan), Menteri Besar dan Ketua Menteri meluluskan apa-apa perbelanjaan tambahan atau pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan, tanpa perlu melalui Dewan Rakyat serta Dewan Undangan Negeri sepanjang tempoh darurat.

Peraturan itu dibuat berdasarkan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (Pindaan) 2021 berkuat kuasa pada 31 Mac 2021, melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan Jabatan Peguam Negara pada 1 April lalu.

Ordinan berkenaan, yang dipinda dengan memasukkan dua seksyen baharu iaitu 10A dan 10B, telah dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut beliau berkata, masalah mulai timbul apabila barisan pimpinan negara seolah terlalu takut untuk memulakan kembali sidang Parlimen, dan ia diperkuatkan lagi dengan pelaksanaan undang-undang baharu itu.

“Apakah ia bermakna selama ini penggunaan wang berjalan terlalu laju atau banyak perkara lain yang meragukan yang sepatutnya dibincangkan secara telus di Parlimen? Apa yang nak disembunyikan di sini? Ini persoalan yang berlegar bukan saja di Parlimen tapi rakyat biasa,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Aziz yang juga Ahli Parlimen Tebing Tinggi turut mempersoalkan kewujudan satu lagi akta, khusus menghalang sebarang penerbitan atau pengeluaran kandungan palsu berkenaan pandemik dan perintah darurat.

Aspek itu katanya, perlu diperhalusi dengan memperincikan semula maksud darurat yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks darurat atau ordinan darurat memang boleh dibuat tapi persoalan besarnya ialah, apakah ini maksud darurat yang dibenarkan oleh Perlembagaan?

“Dan mengapa harus dikeluarkan perintah seperti itu? Apa yang ditakutkan? Apa yang hendak disembunyikan sebab media pada saya perkara yang sangat penting,” katanya, jelas keliru dengan keputusan berkenaan.

Akta terbabit yang berkuatkuasa pada 12 Mac lalu itu menetapkan, sebarang penerbitan atau pengeluaran kandungan palsu berkenaan pandemik atau perintah darurat dianggap sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang.

Bidang kuasa ordinan ini juga difahamkan, akan diperluas ke atas mana-mana individu tanpa mengira kerakyatan, selaras dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Persekutuan Kerajaan.

Ia mendapat reaksi hangat veteran media baru-baru ini, yang turut meminta kerajaan agar tidak menurut jejak pemerintah Myanmar, apabila memiliki undang-undang khas untuk menghukum penyebaran berita palsu.

Aziz, seorang tokoh akademik dan pakar perundangan turut meluahkan kekecewaan apabila melihat tanda aras sistem demokrasi negara seakan menyamai pemerintahan di Myanmar.

“Mengapa kita perlu sampai ke tahap ini? Apakah media ini satu perkara, satu faktor yang patut dimusuhi? Pada saya arahan ini tidak wajar dan di sini, mungkin ada peluang untuk pengamal media menunjukkan penentangan, tengok apa yang dia (kerajaan) nak buat selepas ini.

“Saya fikir, kita tak berupaya atau kita tak mampu untuk membiarkan kedudukan kita dalam aspek kebebasan media bersuara semakin menjunam jatuh,” katanya.

Jika sampai perkara itu terjadi jelas beliau lagi, ada baiknya kerajaan menimbangkan semula pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan mana-mana pihak ditahan tanpa sebarang perbicaraan.

“Media pada saya amat penting dalam konteks demokrasi. Kalau tidak ada media yang bebas, tidak ada media yang berwibawa, apa yang kita nak harapkan. Kita nak bergantung dengan apa?

“Satu ketika kita terpaksa berhadapan dengan TV3 Suku tapi sekarang dah tak ada. Sekurang-kurangnya sudah ada harapan untuk kita jadi kalau ini tak dibenarkan, maknanya memang kerajaan ini kerajaan yang takut. Tak nak ke Parlimen dan sekarang media nak disekat, (ia) sudah melampau,” tegasnya. – Getaran, 3 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang