web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Dibimbangi Ikut Jejak UMNO Dulu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 5:21PM

Wan Saiful Wan Jan. - Gambar dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana didakwa membatalkan pertemuan penting bersama Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, semalam.

Menurut Wan Saiful, tindakan itu membimbangkan dengan beliau agak risau sekiranya Ismail Sabri turut kembali menuruti jejak UMNO yang dahulu.

Katanya, Perdana Menteri pada mulanya bersetuju mengadakan pertemuan itu pada jam 2.30 petang, namun membatalkannya kira-kira dua jam sebelum itu dan tindakan sedemikian dianggap seolah-olah tidak menghormati PN.

“Jadi kita menuntut supaya Perdana Menteri tunjukkan sedikit rasa hormat kepada Ahli Parlimen dan blok menyokong beliau. Beliau sebelum ini boleh memenuhi janji dan menghormati pembangkang di sebelah Pakatan Harapan (PH), tetapi mengapa tiada rasa hormat kepada kami dalam PN yang menjadi blok terbesar di Parlimen dan menyokong beliau, hingga membolehkannya menjadi Perdana Menteri?

“Kita ‘naikkan’ beliau atas keyakinan Ismai Sabri boleh mempertahankan integriti, tetapi sekarang beliau ‘sangat menghormati’ golongan kleptokrat dalam UMNO juga. Kita faham Ismail Sabri mungkin risau tak dapat watikah pencalonan dari Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tetapi janganlah sampai menjual diri begitu sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Jom Zumba Bersama Wan Saiful di Tasik Darul Aman, Jitra di sini, hari ini.

Difahamkan pertemuan itu diadakan selepas mesyuarat PN minggu lalu, memutuskan supaya Hamzah bertemu dengan Perdana Menteri secepat mungkin bagi membincangkan mengenai beberapa isu berbangkit antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, Wan Saiful turut menyatakan kekecewaan dan kebimbangan terhadap kenyataan dibuat Ismail Sabri pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor minggu lalu mengenai isu pelantikan menteri.

“Dalam konvensyen itu, Perdana Menteri secara terbuka memaklumkan pelantikan menteri untuk memberikan ‘minyak’ kepada jentera UMNO dan BN. Ini menimbulkan persoalan mengenai integriti, kredibiliti dan amanah beliau sebagai Perdana Menteri.

“Sebelum ini kami menyokong Ismail Sabri atas dasar beliau akan kekalkan usaha untuk kembalikan integriti dalam pentadbiran negara di Putrajaya.

“Tetapi kenyataan dengan hampir terus terang dan terbuka itu adalah sesuatu yang mengejutkan serta menimbulkan persoalan, sama ada beliau masih memiliki komitmen kepada reformasi institusi bagi memastikan usaha memerangi rasuah dapat diteruskan,” katanya.

Tambahnya perkara itu amat dibimbang apatah ucapan daripada Ahmad Zahid pada konvensyen sama turut menyatakan bahawa Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membawa ‘gula’ kepada jentera parti berkenaan dan BN.

“Kita bimbang sekiranya kleptokrasi, rasuah, kronisme dan nepotisme dipelopori UMNO dan BN ini kembali dan saya menyeru serta mendesak Ismail Sabri memastikan integriti beliau tidak dipersoal,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan Parti Bangsa Malaysia (PBM) memohon menyertai BN seperti dinyatakan Presiden Penajanya, Datuk Zuraida Kamaruddin kelmarin, Wan Saiful berkata tindakan itu memalukan.

“Daripada sejarahnya dalam PKR, PH, PN dan tiba-tiba ‘melutut’ ke BN demi kuasa, ini sesuatu yang dikesalkan untuk dilihat. Saya ucapkan selamat berjaya kepada mereka,” katanya. -Getaran 5 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kerajaan Kemuka Usul Rujuk Wan Saiful Ke Jawatankuasa Parlimen Isnin Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global