web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU15, PN Optimis Mampu Tawan 14 Kerusi Parlimen Pahang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2022 10:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) Pahang optimis mampu menawan 14 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15, (PRU15) berikutan keyakinan rakyat yang semakin goyah terhadap Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Mohd Yazid Mohd Yunus berkata, perkara itu tercetus berikutan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah menyeleweng dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Menurut beliau, sentimen rakyat di negeri itu juga jelas menolak UMNO dan BN, termasuk pengundi di Parlimen Pekan walaupun kawasan tersebut merupakan kubu kuat mantan Perdana Menteri itu.

“Di Pahang termasuk bahagian-bahagian dan Parlimen, dari dulu lagi sudah ramai pengundi beralih arah (tidak sokong BN).

“Apabila dapat pengesahan Najib bersalah di mahkamah, benda itu mendatangkan impak.

“Jadi, pandangan saya (pada) PRU akan datang, mereka akan hilang lagi banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya hari ini.

Mahkamah Persekutuan 23 Ogos lalu mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, selepas terbukti beliau bersalah menyeleweng dana terbabit.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati, pasukan pembela gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengulas lanjut, Mohd Yazid yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pahang berkata, mentaliti pengundi dilihat berubah selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah ke atas Najib itu.

“Selama ini yang mana rasa was-was, tidak berapa jelas sama ada benar Najib melakukan kesalahan jenayah dari segi rasuah, kini sudah menolak UMNO-BN.

“BN akan banyak hilang kerusi di Parlimen. Maksudnya, mereka tidak ada peluang lagi jadi pemerintah di Pahang,” katanya.

“Selain yakin dengan keupayaan PN untuk menawan 14 kerusi Parlimen, Mohd Yazid optimis gabungan tersebut mampu memperoleh lebih banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus merampas pentadbiran negeri daripada BN.

“BERSATU dijangka bertanding di 6 kerusi Parlimen dan PAS pula di 7 kerusi Parlimen, manakala Gerakan satu kerusi Parlimen.

“Jelas hala tuju PN ialah untuk memakmurkan hubungan rakyat dan membantu semua bangsa yang ada di Malaysia,” katanya. - Getaran, 15 September 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad