web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Nekad Kembalikan 4 Anugerah Diberikan Kerajaan Pulau Pinang - Presiden PCM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Sep 2022 3:17PM

Cheng Guan berkata anugerah daripada kerajaan Pulau Pinang tiada nilai kerana dalam setahun gelaran itu dianugerahkan kepada ratusan penerima. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan nekad mahu memulangkan empat anugerah diberikan kepada beliau oleh kerajaan Pulau Pinang.

Ia dilakukan susulan beliau mendakwa kerajaan DAP negeri berkenaan tidak bertanggungjawab kerana menarik balik darjah kebesaran diberikan kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, empat anugerah itu diterimanya sejak mula aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan pada tahun 1989.

“Anugerah saya terima ini adalah Pingat Jasa Masyarakat, Pingat Jasa Kebaktian, Pingat Kelakuan Terpuji dan Darjah Johan Negeri.

“Nanti minggu depan saya pun akan serah balik semua anugerah itu kepada kerajaan Pulau Pinang.  

“Yang hanya kekal pada saya ialah Pingat Perkhidmatan Am, Perkhidmatan dalam Angkatan Tentera dan Pingat Jasa Malaysia, iaitu berkhidmat dalam Angkatan Tentera semasa darurat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.  

Cheng Guan berpendapat, tindakan menarik balik anugerah diberikan kepada Najib itu tidak membawa kesan besar kerana ia ‘tidak bernilai’.

“Anugerah itu bukan ada nilai sangat kerana dalam setahun kerajaan DAP negeri ini menganugerahkan ratusan gelaran itu.

“Negeri kecil sahaja pun beratus Datuk, Datuk Seri. Jika dibanding Johor dan Sarawak negeri besar pun, anugerah tidak lebih dari 10 Datuk setahun.

“Penganugerahan dari Johor ini adalah ‘rare’ (jarang diberikan) dan disanjung tinggi,” katanya. - Getaran, 18 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 2 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini