web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Sebelum Kecam PM, ‘Cermin Diri’ Dulu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 4:13PM

Shahril Sufian membidas tindakan Muhyiddin Yassin yang cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap PM, Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas tindakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata, seharusnya Ahli Parlimen Pagoh itu ‘cermin diri’ dahulu kerana beliau adalah mantan Perdana Menteri yang banyak melaksanakan keputusan janggal ketika tempoh mentadbir negara. 

Menurutnya, Muhyiddin harus ingat, beliau juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mempunyai wakil dalam Kabinet, termasuk membabitkan portfolio ekonomi. 

“Muhyiddin kata banyak syarikat terpaksa kecilkan operasi atau tutup. Agaknya sebab apa dan zaman bila? Cuba tengok berapa syarikat yang tutup semasa dia jadi Perdana Menteri? Lebih 100,000 perniagaan tutup operasi semasa COVID-19. 

“Ya sebahagiannya disebabkan COVID-19 memuncak. Tapi sebahagiannya juga sebab Perdana Menteri (Muhyiddin) waktu itu sendiri tidak ada ketegasan apa jalan keluar dari belenggu COVID-19. Kejap A, kejap B. Kejap buka, kejap tutup.

“Mujur Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi Perdana Menteri, buka semula ekonomi. Tarik pelaburan sehingga angka tertinggi dalam sejarah dicatat sebanyak RM72.9 bilion bagi tempoh sembilan bulan,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Muhyiddin menerusi kenyataan secara terbuka semalam, membidas kepemimpinan Ismail Sabri yang didakwa tidak memandang semua isu membelenggu negara ketika ini, termasuk inflasi, kekurangan tenaga kerja dan kemerosotan nilai ringgit sebagai perkara penting.

Beliau berkata, setiap kali MPN bermesyuarat, masalah kekurangan tenaga kerja sering dibangkitkan kepada Kabinet, namun setakat ini masih belum ada penyelesaian komprehensif berhubung semua isu berkenaan.

Shahril berkata, melalui Bajet 2022, Ismail Sabri memperkenalkan program Semarak Niaga berjumlah RM40 bilion untuk membantu usahawan dan perniagaan membina semula punca rezeki mereka.

Jelasnya, ia dilengkapi inisiatif Jamin Kerja dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi seluruh Keluarga Malaysia yang terjejas.

Hasil daripada usaha itu, katanya, pengangguran menurun 12 bulan berturut-turut, selepas Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kepada 3.8 peratus dan jumlah status bekerja naik 600,000 dari Ogos 2021 hingga Julai 2022.

“Malah, jualan barangan borong dan runcit juga meningkat dengan kadar tertinggi sepanjang tahun ini. Kadar muflis turut menurun tahun ini.

“Kalau Muhyiddin? Lockdown sampai bila? Nak kerja atau berniaga macam mana? Nak dapat pendapatan macam mana?” soalnya. 

Dalam pada itu, Shahril mempersoal kenyataan Muhyiddin mengenai ringgit lemah, berbanding AS Dolar kerana sebenarnya ia lebih kukuh berbanding British Pound, Yen Jepun, South Korean Won dan beberapa mata wang lain.

“Kerajaan (dikatakannya) tak bersungguh memulihkan ringgit berbanding dolar. Apa idea hebatnya, hendak tambat matawang? Hendak buat ‘capital controls”? Hendak pakai rizab antarabangsa kita? Kalau ya, cakap…bersedia pertahankan idea itu. Kalau setakat kata ringgit susut tapi tiada kesedaran punca jauh sekali idea, apa guna?

“Kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) naik dengan cepat. Kalau Malaysia ambil tindakan lebih agresif, ringgit berkemungkinan kukuh sedikit, tetapi rakyat akan berdepan dengan kadar bayaran hutang lebih tinggi. Muhyiddin hendak minta OPR naik berapa peratus,” katanya. 

Menurut Shahril, seharusnya Muhyiddin juga tidak mempertikaikan rakyat lambat membayar hutang atau mengikat perut, memandangkan kerajaan sudah memberikan pinjaman tanpa faedah dan pinjaman dengan moratorium enam bulan yang semua itu adalah antara usaha menerusi Semarak Niaga.

Jelasnya, Perdana Menteri pernah menyeru kepada institusi kewangan untuk tidak ambil tindakan terhadap mana-mana perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang gagal membayar balik pinjaman, di samping institusi perbankan tidak mengenakan apa-apa tindakan.

Beliau turut mempersoalkan apakah di zaman pemerintahan Muhyiddin seolah-olah tidak ada rakyat yang mengikat perut kerana hakikatnya ketika itu, ramai tidak mampu membeli keperluan asas sehingga meminta bantuan dengan mengangkat bendera putih.

“Yang itu apa pula komen (angkat bendera putih). Apa Muhyiddin buat semasa jadi Perdana Menteri untuk memperbaiki kedudukan keselamatan makanan. Ismail Sabri bertindak berani dengan penghapusan AP, pembekuan eksport ayam ke luar negara, kemudahan pinjaman untuk petani dan pengeluar makanan serta subsidi untuk pengusaha ayam dan lain-lain.

“Isu keselamatan makanan ini semua kesinambungan dari dasar semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak dari dasar ‘pertanian untuk semua’ ke dasar agro makanan negara. Apa dasar Muhyiddin? Atau legasi beliau,?,” soalnya.

Sementara itu, Shahril mempersoalkan mengapa Muhyiddin mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan, sedangkan sebelum ini beliau kerap mendesak Ismail Sabri untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

“Bab mendapat mandat dari pilihan raya ini Barisan Nasional (BN) sudah sebut sejak Februari 2020, berbeza dengan Muhyiddin. Jangankan pilihan raya, sidang Parlimen pun dielak melalui darurat. Jadi agak janggal bila beliau bercakap mengenai mandat rakyat. Apapun, bila PRU sampai kita lihat siapa sebenarnya gagal.

“Natijahnya, dalam hal ekonomi ini, tiada yang sempurna. Masih banyak masalah perlu diatasi tapi sekurang-kurangnya batu asas sudah diletak dan kemajuan dicapai dari kedudukan bawah semasa Muhyiddin letak jawatan. Dari semua kemajuan itu, kita akan teruskan usaha,” katanya. - Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global