web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Jentera Kerajaan Untuk Kepentingan Peribadi Dilarang Agama - Nik Abduh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 7:54PM

Nik Mohamad Abduh - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Perbuatan mengintip menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan peribadi atau parti masing-masing adalah perbuatan yang menyamai salah guna kuasa yang dilarang agama.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pemerintahan dan pentadbiran negara adalah amanah yang seharusnya digalas dengan jujur serta berhemah.

Menurut beliau, menyalahgunakan jentera kerajaan demi membunuh parti dan saingan politik lain adalah khianat, salah dan berdosa. 

"Ia juga membantutkan usaha memulihkan demokrasi dan integriti yang sedang dituntut oleh seluruh rakyat.

"Saya tidak tahu, jika benarlah intipan audio perbualan Zahid-Anwar itu, siapakah dalang intipan tersebut. Jika dia individu, dia menanggung dosa," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, individu terbabit sudah melakukan kesalahan yang besar jika terbukti beliau adalah wakil jentera kerajaan.

"Bukan itu tujuan kekuatan intipan negara. Ia tidak bertujuan sewenang-wenangnya demi kepentingan individu dan parti.

"Saya harap ia bukan daripada pihak kerajaan. Jika sebaliknya, saya berdoa dan berharap ia bukan daripada komplot PAS," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas isu penyebaran rakaman audio, dikatakan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbualan antara keduanya itu yang tular di media sosial didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), akhir bulan lalu. - Getaran, 10 April 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki