web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kestabilan Politik Agenda Utama BN Dan UMNO, Sentiasa Terbuka Terima Ahli Baharu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 12:11PM

Mahdzir menyaksikan majlis penyerahan borang permohonan keahlian UMNO oleh 300 ahli BERSATU dan WARISAN di Parlimen Putatan, Sabah semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kestabilan politik adalah agenda utama dibawa pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, huru-hara dalam politik negara ketika ini dicetuskan gabungan Pakatan Harapan (PH), selepas berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Menurut beliau, tiga Perdana Menteri dalam tempoh empat tahun adalah bukti jelas untuk menggambarkan huru-hara yang sedang berlaku.

“Kalau politik ini huru-hara, empat tahun ini politik huru-hara, bergaduh sebab Pakatan Harapan. Duduk tak duduk dalam empat tahun ada tiga Perdana Menteri.

“Sekali kita mengundi pada 2018, tiga Perdana Menteri kita dapat. Ada orang kata kepada saya baguslah itu, tapi huru-hara negara kita. Jadi apa yang kita nak adalah kestabilan dan kebaikan untuk semua,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan borang permohonan keahlian UMNO oleh 300 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) di Parlimen Putatan, Sabah semalam.

Borang permohonan itu diserahkan oleh wakil kumpulan berkenaan, Sulaiman Salleh kepada Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohammad dalam majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di Putatan.

Selain Mahdzir, majlis penyerahan itu turut disaksikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Mahdzir yang juga Pengerusi Biro Keahlian UMNO Malaysia memberitahu, UMNO sentiasa terbuka menerima permohonan ahli baharu dan bekas ahli yang ingin kembali bersama perjuangan parti itu.

“Apa yang saudara-saudari buat malam ini (memohon menyertai UMNO), saya sebagai Naib Presiden sangat berterima kasih. Kita tidak ada sebarang permusuhan, kita tidak ada apa-apa yang nak digaduh. Kenapa tidak cari jalan? Jadi sekarang kita sudah cari jalan untuk kembali bersama-sama dengan keluarga besar kita.

“Tidak ada masalah sama sekali. Jangan kata kamu lain, kita lain. Kita sama juga. Itulah orangnya, sama ada Bumiputera, orang Cina, India, orang Kadazan, Dusun, Murut atau apa sahaja etnik, kita adalah Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu Jeffrey Nor berkata, sebelum ini 630 ahli BERSATU dan WARISAN Putatan juga telah mengambil tindakan yang sama, dengan menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO.

“Ini merupakan kumpulan kedua ahli-ahli BERSATU dan Warisan yang telah menyerahkan borang permohonan untuk menyertai UMNO kerana merasa tertipu dengan pelbagai janji manis.

“Ini bukan gimik menjelang PRU15, permohonan ini adalah perkara yang tulen. Mereka sendiri mahu kembali menyertai UMNO yang sebelum ini ditinggalkan kerana termakan hasutan,” katanya. - Getaran, 25 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka