web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tun M Tak Sedar Diri, Kutuk UMNO Tapi Nak Jadi PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 7:54PM

Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik parti itu kerana mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera, sedangkan pada masa sama beliau bercita-cita menjadi Perdana Menteri kali ketiga.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Langkawi itu seharusnya sedar bahawa Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan ‘bungkus’ bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sekiranya PRU-15 dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Khianat Kawan (PH) akhirnya nak kuburkan UMNO! Sekarang ini, BERSATU terkubur sama dengan PEJUANG. Tun bukan heran (kisah) DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), Tun hanya nak kekal PM dan ambil katak.

“Negara nak jahanam ke, apa Tun nak risau… janji dendam dibalas. Sekali lagi nak jadi Perdana Menteri ke? Tak tahu mana nak letak muka, tak ada apa boleh nak buat lagi, jangan dok menongkah langit,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir memaklumkan beliau sedia untuk kembali dilantik menjadi Perdana Menteri kali ketiga, sekiranya terus menerima desakan dan tiada calon lain yang bersesuaian.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, beliau sebenarnya mahu memilih untuk berehat dan hanya memainkan peranan sebagai penasihat.

Namun menerusi program ‘Hard Talk with Dr Mahathir’ di Pusat Konvensyen Bangi baru-baru ini, beliau menjelaskan tidak keberatan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi jika terus menerima desakan.

“Kalau desakan demi desakan datang, saya nak fikirkan tentang diri sendiri susah.

“Jadi kalau terus (ada) desakan dan tak ada orang lain (boleh dilantik sebagai Perdana Menteri), saya terima,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Razlan turut mempersoalkan tindakan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu yang masih mengungkit nama mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelasnya, walaupun Dr Mahathir memperjuangkan nasib orang Melayu namun ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 menyaksikan lebih ramai kaum itu kehilangan pekerjaan.

“DAP telah buang ramai kakitangan kerajaan Melayu, Tun apa heran (kisah) janji nak balas dendam. Lim Guan Eng dah potong semua kontrak Bumi, Tun apa heran (kisah) janji boleh salahkan UMNO.

“Najib dah masuk penjara pun Tun masih tak puas hati, ungkit nama pemimpin itu buat apa, Menyesal ke ambil katak tu.

“Kenapa tak jadi Perdana Menteri lagi, pasal katak tikam Tun ye,” katanya. - Getaran, 4 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Bagus Untuk Tahu’ PEJUANG Berminat Menyertai PN - Peja

2

Politik 1 tahun yang lalu

Dr Mahathir Sah Sertai PUTRA Bersama 12 Mantan Ahli PEJUANG

3

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Tidak Mahu Polemik Permusuhan Dengan Tun Mahathir Berterusan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Dr M Dakwa Ahmad Zahid Akhirnya Akan Jadi PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad