web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


WARISAN Bakal Bergerak Solo, Sedia Hadapi PRU-15

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Oct 2022 4:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Warisan Sabah (WARISAN) dilihat komited mahu bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas menyatakan akan bekerjasama dengan rakyat.

Ketua Penerangan WARISAN, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari berkata, pendirian parti itu jelas sebagaimana pernah dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini.

Menurut beliau, parti itu juga telah bersiap sedia sekiranya pilihan raya umum diadakan pada tahun ini.

“Pendirian WARISAN cukup jelas seperti yang telah berulang kali disampaikan presiden parti dalam siri jelajah beliau bahawa pihaknya hanya akan bekerjasama dengan rakyat.

“Saya menyeru kepada semua pengundi khususnya di Sabah agar membulatkan tekad untuk mengundi WARISAN demi kestabilan politik dan kemajuan negeri itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mohd Shafie berkata, WARISAN tidak mahu lagi terlalu memikirkan soal kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan, sebaliknya menegaskan kerjasama dengan rakyat menjadi keutamaan.

Jelas beliau, parti itu telah mengenal pasti kesemua 25 calon bagi kerusi Parlimen di Sabah, satu kerusi di Labuan serta beberapa kerusi di Semenanjung.

Bagaimanapun Mohd Shafie berkata, biarpun calon sudah dikenal pasti namun mereka bersedia untuk “mengubah” senarai calon jika berlaku kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Mengulas lanjut, Awang berkata, jentera WARISAN telah melakukan persiapan sepenuhnya bagi menghadapi PRU-15 selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.

“Terkini, selepas berjumpa dengan Ketua Bahagian UMNO beliau membayangkan perjumpaan tersebut adalah perjumpaan terakhir dengan pemimpin parti itu sebelum Parlimen dibubarkan.

“Melalui berita dan sumber UMNO yang dapat kita lihat tersebar dan tular di media sosial, dijangkakan Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memohon perkenan agar Parlimen dibubarkan.

“Sekiranya diperkenankan, negara akan berdepan PRU-15 dan dijangka mengundi pada November 2022. WARISAN sentiasa bersiap sedia sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bila-bila masa,” katanya.

Sehubungan itu, Awang Ahmad Sah berkata, pelancaran jentera pilihan raya WARISAN akan dibuat di Tenom Yun Lee Food Court pada 22 Oktober depan. - Getaran, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

2

TARA 1 tahun yang lalu

'Weaving Raya' Tenunan Dan Anyaman Hiasi Intermark Mall Sempena Aidilfitri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pulau Pinang Umum Pengganti Jawatan Datuk Bandar Minggu Depan

4

Politik 1 tahun yang lalu

WARISAN Tidak Bertanding PRN 6 Negeri - Mohd Shafie

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra