web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


12 Menteri PN Usul Tangguh Bubar Parlimen Kerana Takut Dihukum Pengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 7:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO menyifatkan tindakan Perikatan Nasional (PN) mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menangguhkan pembubaran Parlimen pada tahun ini disifatkan sebagai langkah terdesak dan ‘pengecut’.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan 12 Menteri daripada gabungan itu membuktikan pemimpin terbabit takut kehilangan kuasa dan jawatan di peringkat Kabinet.

Menurut beliau, pihaknya yakin tindakan terbabit dilakukan berikutan kebimbangan mereka akan dihukum pengundi sendiri memandangkan ada dalam kalangan pemimpin itu sebelum ini bertindak melompat parti.

“Begitu bersungguh 12 Menteri PN yang dikatakan tidak berputus asa untuk mengekalkan jawatan mereka dalam kabinet. Betapa sayang mereka akan kedudukan dan jawatan yang ada sekarang hingga takut hilang kuasa mereka.

“Sudah pasti sebahagian besarnya mereka bukanlah pemimpin yang berwibawa. Tindak tanduk mereka sebelum ini mengecewakan pengundi mereka sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Terdahulu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Radzi Jidin mengesahkan 12 menteri PN mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Surat itu menyatakan pendirian gabungan tersebut yang tidak mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini.

Radzi berkata, mereka juga mengambil kira ketidaksesuaian masa bagi pelaksanaan PRU-15 dan memohon pertimbangan Yang di-Pertuan Agong sekiranya cadangan pembubaran Parlimen dipersembahkan kepada baginda.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mungkin sudah maklum mengenai warkah yang diutuskan, selepas perkara itu dilaporkan media.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, rakyat kecewa disebabkan pengkhianatan dilakukan pemimpin dengan melompat ke parti lain semata-mata demi mendapat laba politik, jawatan dan kedudukan.

“Mereka tahu akan dihukum oleh pengundi mereka sendiri. Pengundi marah ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14 )bercakap berdegar-degar dan janji pula melangit. Kata demi pengundi atau parti disayangi tetapi apabila menang, melompat ke parti lain.

“Ada yang kalah teruk pilihan raya, tetapi diangkat menjadi senator, dilantik sebagai menteri.  Bukan sebarang menteri namun menteri kanan. Wakil rakyat puluhan tahun berkhidmat tidak pula dilantik. Yang kalah pula diangkat menjadi menteri kanan dan ada juga menjadi timbalan menteri,” katanya.

 Oleh itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan punca utama pemimpin PN mahu menangguhkan PRU-15 pada tahun ini semata-mata hanya mahu mengekalkan jawatan dan kedudukan sebagai menteri.

Jelasnya, semua akar umbi, biro politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berharap tidak ada wakil rakyat daripada partinya yang bersubahat dengan agenda musuh itu

“Jika mereka yang terlibat telah dikenal pasti, UMNO dan BN tidak teragak-agak untuk membuat tindakan dan masanya akan tiba nanti.

“Disiplin parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlulah dipatuhi. Dalam suasana menjelang pilihan raya ini jangan ada pula cuba berkhianat dan menikam UMNO dari belakang,” katanya.

Jelas beliau lagi, pihaknya memberi amaran bahawa UMNO dan BN tidak sama sekali berkompromi jika terdapat pemimpin yang cuba mengkhianati parti.

“Biarlah katak politik parti lain, dan parti mereka sahaja masih hanyut dengan jawatan sebelum mereka tewas pilihan raya kali ini. Kita terus rapatkan barisan, bergerak ke depan, semarakkan obor perjuangan dan pastikan BN menang untuk kestabilan politik.

“Sebelum musuh politik kita tekankan butang tarik diri sepertimana mereka ancam Perdana Menteri, maka kita pastikan tekan butang terlebih dahulu. UMNO dan BN tidak pernah gentar,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

Politik 5 bulan yang lalu

Proses Pengundian PRK KKB Bermula

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000