web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesawat Mewah Ditaja Liga Muslim Sedunia, Jemputan Gabenor Madinah - Dr Zulkifli

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 8:42PM

Dr Zulkifli Mohamad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerbangan dinaiki Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad  Al Bakri diuruskan sepenuhnya Liga Muslim Sedunia, berikutan ia adalah jemputan Diraja Gabenor Madinah.

Menjelaskan perkara itu, Zulkifli menerusi satu ciapan di Twitter berkata, beliau terlebih dahulu menaiki penerbangan Saudi Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh, Arab Saudi seperti penumpang lain.

Menurut beliau, video yang tular itu memaparkan keadaan di dalam pesawat mewah milik Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman Abdulaziz Al Saud.

“Alhamdulillah, ramai juga yang bertanya kepada saya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian. Saya doakan semoga Ramadhan kali ini mampu mendidik jiwa kita ke arah yang diredhai-Nya.

“Jemputan Diraja kepada saya itu adalah kerana Putera Faisal begitu gembira apabila mendapat tahu ada seorang menteri dari Malaysia, yang berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan rasmi,” katanya.

Jemputan Diraja itu jelas Zulkifli, adalah bagi menzahirkan kegembiraan Putera Faisal.

“Ingin saya nyatakan bahawa semua program dan mesyuarat penting berkaitan haji, umrah dan hal ehwal Islam sepanjang saya di Arab Saudi diaturkan dan ditaja penuh oleh Liga Muslim Sedunia.

“Saya melihat ia adalah tanda penghormatan baginda, Kerajaan Arab Saudi dan pihak Liga Muslim Sedunia kepada kerajaan Malaysia,” katanya.

Serentak dengan itu beliau turut menafikan terbabit menyalahgunakan wang rakyat untuk menaiki penerbangan mewah bagi urusan berkenaan.

“Saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati. Sejujurnya, sepanjang di sini saya sentiasa mendoakan kebaikan kepada rakyat Malaysia, dan sudah pasti kepada umat Islam di Malaysia.

“Inisiatif RM14 juta #RamadhanPrihatin yang digerakkan oleh agensi saya sepanjang Ramadhan ini sebagaimana yang saya umumkan semalam, akan sentiasa dipantau walaupun saya tidak berada di Malaysia.

“Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua, terutamanya kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Satu video tular di media sosial baru-baru ini, memaparkan sekumpulan individu merakam foto kenangan ketika menaiki sebuah pesawat mewah.

Turut kelihatan di dalam foto itu adalah Zulkifli serta beberapa pegawai, dipercayai anggota rombongan berkenaan. - Getaran, 13 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi