web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin PAS Tamak, Bernafsu Besar - Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 9:05AM

Nur Jazlan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majoriti pemimpin yang bernaung di bawah PAS ketika ini disifatkan sebagai individu yang bernafsu besar dan tamak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dakwaan itu bukan satu omong kosong, sebaliknya bersandarkan bukti kukuh yang ada ketika ini.

Menurut beliau, kesemua pemimpin tersebut berselindung di sebalik imej warak, berserban dan berkopiah, tetapi hakikatnya masing-masing rakus serta haloba membolot kuasa.

“Sepatutnya PAS buat keputusan sama ada mahu terus bersama BERSATU dan Perikatan Nasional (PN), atau pilih untuk kembali kepada UMNO serta Muafakat Nasional (MN). Tapi PAS masih berdolak dalih, tak tahu nak pilih mana satu ataupun mereka nak tunggu lagi pihak manakah yang boleh beri keuntungan besar pada PRU15 nanti. Ataupun mereka tak dapat petunjuk dari tuhan lagi sebab hati mereka busuk dan paling terlicik dalam membuat pilihan.

“Kenyataan PAS juga macam menyalahkan UMNO dan BERSATU kerana rundingan kerjasama menganjal tapi saya ingat pemimpin PAS dah buat doa selamat besar untuk melembutkan hati UMNO dan BERSATU supaya bersama dalam PRU15.

“Sebaliknya PAS gunakan dalil Al-Quran kononnya macam berdosa UMNO kalau menolak kerjasama dengan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai turut hairan, bagaimana doa parti Islam yang dikatakan dekat dengan Ilahi tidak berjaya menyatukan umat seperti yang dituntut oleh Islam.

“Agaknya pasal ketidakikhlasan pemimpin PAS menunggang agama untuk kepentingan sendiri tidak betul sehingga ia tak direstui tuhan.

“Jadi saya rasa sudah sampai masanya UMNO meletakkan titik noktah kepada sebarang kerjasama atau rundingan dengan PAS kerana sikap munafik politik PAS terlalu dahsyat,” katanya, keras.

Dengan nada sinis, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri II itu juga menasihatkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin agar segera meninggalkan PAS kerana parti itu tidak pernah jujur dalam sebarang kerjasama dijalin.

“Biarlah PAS terkontang kanting dan hidup sebatang kara dek perangai buruk mereka. Biarlah PAS jadi Lebai Malang yang rugi kerana ketamakan mereka sendiri.

“Ini kerana pemimpin PAS alaf baru ini jual agama macam pisang goreng di tepi jalan. Bila benda berkaitan dengan kuasa, kedudukan, jawatan dan gaji, mereka mula gunakan dalil-dalil Al-Quran serta hadis untuk menghalalkan cara,” tegasnya.

Tambah Nur Jazlan, pemimpin parti itu yang memegang jawatan tinggi juga dilihat tidak melakukan bersesuaian mengikut portfolio masing-masing, sebaliknya hanya ‘berlenggang kangkung’ dan menikmati ‘gaji buta’.

“Jadi Duta Khas Asia Barat tapi duduk di Pantai Timur. Ntah (entah) macam mana dia buat kerja pun tak tahu. Asyik sibuk main politik saja tapi kerja sebagai wakil negara ke laut. Tapi bila orang lain yang buat, dia terus keluarkan fatwa dan jatuhkan hukuman,” selarnya, dipercayai merujuk kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sewaktu mula bergelar pembangkang jelas Nur Jazlan, PAS sanggup berpelukan dengan UMNO demi melawan Pakatan Harapan (PH) kerana membenci BERSATU, DAP dan AMANAH, tetapi semua kebencian tersebut sirna selepas mula memegang jawatan dalam kabinet.

“PAS hanya ikut cakap Muhyiddin saja sebab masa itu dia jadi  Perdana Menteri. PAS tahu masa tu bila dia kipas Muhyiddin dan BERSATU, mereka akan dapat habuan, dapat peruntukan, dapat jawatan dan dapat banyak lagi.

“Masa tu PAS tak hairan pun dengan (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) yang jadi Menteri Kanan dan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan PN.

“Masa itu PAS julang Muhyiddin, puji Muhyiddin dan angkat Muhyiddin dan BERSATU habis-habisan. Tapi bila Muhyiddin jatuh, PN kalah teruk dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) dan BERSATU makin lemah, nada suara pemimpin PAS mula berubah.

“Barulah PAS bercakap tentang agenda perpaduan ummah. Barulah PAS mula cerita semula pasal MN. Barulah PAS nak pujuk semula UMNO selepas kena ceraikan talak tiga dalam MN,” katanya. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi