web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH Bersedia Kembali Bersama Tun M, Muhyiddin Demi Tumbangkan BN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2022 6:25PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bersedia untuk sekali lagi bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendepani cabaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Anwar berkata, pintu itu sentiasa terbuka berlandaskan prinsip tertentu dan bukan hanya semata-mata untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Come together itu memang kenyataan yang lunak seperti bersatu. Bersatu itu apa? Ada orang bersatu yang nak rompak, ada bersatu dengan macam cerita persatuan 40 penyamun. Jadi bersatu itu mesti bersandarkan kepada beberapa prinsip yang jelas.

“Ada kelola yang baik, menolak rasuah, tidak bersetuju dengan dasar perkauman atau fanatik agama. Itu prinsip utama dan kalau bersetuju silakan. Ini bukan mirip monopoli mana-mana parti,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, PKR komited melaksanakan agenda reform, melawan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Sesiapa saja yang bersetuju dengan prinsip ini, boleh datang dan berbincang kami. Ruang adalah terbuka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Ditanya mengenai agenda PH dalam manifesto yang akan dilancarkan, Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu, semua perincian tersebut dijangka diumumkan jawatankuasa berkaitan bulan ini.

“Kita dah bincang tak mahu (manifesto) panjang, janji tinggi melangit. Kita macam Islam, akan cuba sedaya upaya sebaik mungkin namun apa yang utama mesti kos sara hidup, mutu pendidikan, kemudahan kesihatan serta peluang pekerjaan.

“Paling penting adalah dari segi governance bagi menghentikan rasuah. Ini kerana perkara itu tidak akan berhenti jika menjadi budaya. Kalau ikut rencana, (manifesto itu) akan diluncurkan pada 20 Oktober ini di Ipoh,” katanya.

Ditanya apakah UMNO dan PH akan menjalinkan kerjasama sekiranya tiada parti menang dengan majoriti 2/3, Anwar percaya gabungannya mampu memperoleh kemenangan kerana rakyat ketika ini mahukan negara bebas daripada rasuah dan diperintah oleh pemimpin yang tidak memainkan sentimen perkauman.

“Kita mesti rasai apa yang rakyat rasa. Mereka mahukan negara ini ditabir dalam pelbagai kaum dan agama. Malaysia adalah negara yang hebat namun pemimpinnya tamak dan suka melakukan korupsi.

“Saya Melayu Islam tapi saya adalah rakyat Malaysia dan kena pastikan semua kaum terjaga. Kita yakin boleh menang sebab ini adalah agenda rakyat,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan