web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Berkongsi Kuasa’ Rosakkan Politik Negara, Hakis Kemakmuran, Kesejahteraan – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 9:51PM

Berkongsi kuasa berpotensi merosakkan politik negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Peristiwa ketidakstabilan politik akibat ‘berkongsi kuasa’ seperti disaksikan antara beberapa parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), harus dielakkan bagi memastikan masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, peristiwa ketidakstabilan politik sehingga menyebabkan kemakmuran dan kesejahteraan terhakis itu, pastinya berlaku sekiranya rakyat masih mahu pembangkang menguasai Malaysia.

Justeru, katanya, rakyat diseru untuk menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) agar tiada lagi kerajaan campuran atau berkongsi kuasa antara gabungan politik bagi mentadbir kerajaan persekutuan.

“Lawan BN mahu berbincang semula sesama mereka untuk ‘berkongsi kuasa’ selepas PRU-15? Ini menjadi sebab penting untuk rakyat menyokong BN. 

“InsyaAllah BN kembali kerajaan dominan, tiada ruang mereka ‘berkongsi kuasa’ untuk merosakkan negara lagi. Istilah ‘berkongsi kuasa’ mereka, namun agak meragukan kerana pernah terbukti mereka sukar untuk berkongsi.

“Malah, BN pastinya akan melakukan yang terbaik dalam meningkatkan kualiti pelbagai sektor negara, sekiranya kembali menjadi kerajaan dominan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim tidak menolak kemungkinan pembentukan kerajaan perpaduan selepas PRU-15 yang merupakan landskap politik negara akan berlaku dan perlu diterima setiap pemimpin.

Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila BN tewas pada PRU-15 disebabkan kekuatan ‘orang Melayu’ Pakatan Harapan (PH) selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyertai gabungan terbabit.

Katanya, kekuatan PH dan Perikatan Nasional (PN) tidak akan cukup apatah lagi GTA, justeru ia harus bergabung.

Mahdzir berkata, model parti yang dominan ala UMNO dalam BN tidak boleh wujud lagi menerusi apa jua gabungan lain ketika dan selepas ini.

Tegasnya, atas keperluan itu, semua parti blok pembangkang perlu bersikap terbuka dan bekerjasama.

“Justeru, kerajaan perpaduan amat sukar untuk dielakkan, malah kita harus bersedia ke arah itu demi menzahirkan hasrat rakyat yang mahukan sebuah kerajaan bersih dan stabil,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, istilah berkongsi kuasa cuba diwujudkan pembangkang selepas PRU-15 hanya menyebabkan kehidupan rakyat dan ekonomi negara terjejas, seperti mana ketika PH mengambil alih kerajaan pada tahun 2018.

“Selepas PRU-14 mereka pernah mendakwa ‘berkongsi kuasa’, tetapi ketamakan yang Malaysia saksikan. Berebut jawatan Perdana Menteri selepas dua tahun sehingga menyusahkan rakyat dan negara. 

“Mereka mahu ‘berkongsi kuasa’ membentuk kerajaan dan selepas itu kembali berebut kuasa sehingga akhirnya, negara berdepan semula ketidakstabilan yang menyebabkan kemakmuran, kesejahteraan terhakis,” katanya. - Getaran, 15 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan