web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Jika Jadi Kerajaan Dominan, BN Akan Wujud Peluang Pekerjaan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 8:48PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail UMNO Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Barisan Nasional (BN) akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya di sektor awam, sekiranya gabungan itu menjadi kerajaan dominan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu akan menjadi satu daripada agenda utama BN, berikutan tindakan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan pelbagai agensi kerajaan ketika mentadbir kerajaan pada 2018.

Menurutnya, ia dibuktikan apabila seramai 55,000 penjawat awam kontrak ditamatkan perkhidmatan, selepas PH menjadi kerajaan pada PRU-14.

“Angka itu berdasarkan laporan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), meliputi kakitangan PLKN, SPAD, SERANTA FELDA, JASA, BTN dan banyak lagi segmen pekerjaan dimansuhkan.

“Alasan PH pada 2 September 2018 selepas ia ditamatkan adalah pekerja kontrak kerajaan atau digelar pekerja khidmat singkat harus menerima kenyataan. Kerajaan PH juga ada kekangan perlu ambil kira.

“Alasan Perdana Menteri (semasa) kerajaan PH semasa membubarkan lima agensi dan jawatankuasa kerajaan adalah kebanyakan institusi ini, bukan sebahagian daripada kerajaan yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan yang memerlukan kepintaran mereka, saya fikir kerajaan PH pun ada kepintaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, rakyat seharusnya membuka mata agar tidak tertipu kembali dengan propaganda PH yang mahu mewujudkan peluang pekerjaan menjelang PRU-15.

Menurut Presiden UMNO itu, PH ketika menjadi kerajaan juga hanyalah kekangan kepada pelbagai pihak kerana tidak mampu mewujudkan suatu dasar terbaik kepada rakyat.

“Sebelum PRU-14, PH janji satu juta peluang pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500. Jadi rakyat usah kena tipu lagi dengan propaganda PH menjelang PRU-15. BN berusaha mewujudkan peluang pekerjaan, PH pula jadi kerajaan cipta alasan memansuhkan.

“InsyaAllah, (jika) BN kembali (menjadi) kerajaan dominan, kita usaha wujudkan semula banyak peluang pekerjaan buat rakyat. Yakini kerajaan gabungan kita tahu bagaimana untuk melakukannya kerana kita pernah pun melakukannya.

“Bukan sahaja sektor awam, malah sektor swasta melalui pemerkasaan industri bagi merancakkan lagi pelaburan asing dan segalanya,” katanya. - Getaran, 18 Oktober 2022

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan